03 January 2010

Dajjal

Perbincangan Dan Persoalan Mengenai Dajjal
al-Kahfi 18 -7

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

That which is on earth we have made but as a glittering show for the earth, in order that We may test them - as to which of them are best in conduct.

7. Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.

Al-An'am 6~ 130 ~

~ 130 ~يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإِنسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِّنكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنذِرُونَكُمْ لِقَاء يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُواْ شَهِدْنَا عَلَى أَنفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُواْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُواْ كَافِرِينَ

"O ye assembly of Jinns and men! came there not unto you messengers from amongst you, setting forth unto you My signs, and warning you of the meeting of this Day of yours?" They will say: "We bear witness against ourselves." It was the life of this world that deceived them. So against themselves will they bear witness that they rejected Faith.

130. Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayatKu dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: "Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri", kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-orang yang kafir.


Persoalan Dan Perbincangan Mengenai Dajjal

Dalam memberikan pengertian mengenai Rahsia-Rahsia dalam al-Qur’an, saya merasa berkewajipan mempersoalkan dan membincangkan mengenai dengan pengertian Dajjal?


Adakah Dajjal Di Sebut Dalam Al-Qur’an?

Jawapannya tidak, namun dajjal banyak disebutkan dalam hadis-hadis Nabi Muhammad saw. Sehingga hadis-hadis itu boleh dikatakan hadis Mutawattir.

Namun sebenarnya saya berpendapat, makna-makna simbolik mengenai Dajjal itu memang banyak di dalam al-Qur’an. Seperti:-

1. Iblis dan Syaitan, Sebab Iblis juga diriwayatkan bermata satu.

2. Keturunan Firaun atau Penguasa Dunia Yang Bukan Islam Yang Mengaku Tuhan. Jika Nabi Isa muncul dan ia mengakui dirinya sebagi tuhan atau anak tuhan, maka dialah dajjal itu.

3. Orang-Orang Kafir atau orang-orang Islam fasik Yang Berniat Jahat Mengoda Orang-Orang Islam yang beriman, sebab mereka adalah tentera dajjal.
Termasuk Dajjal atau Peralatan Dajjal ialah:

4. Thaghut iaitu Hawa Nafsu,

5. Fitnah Dunia,

6. Ajaran-Ajaran Bid’ah.
7. Muzik dan TV.

Semua perkara di atas disebutkan di dalam al-Qur’an dan mempunyai makna simbolik yang berkaitan dengan makna dajjal.

Tujuan Dajjal
Kerana tujuan dajjal memanglah menipu dan mengoda agar orang masuk di dalam ajarannya.


Sumber Ajaran Dajjal

Tidak kira apapun tujuannya, kenapa ia membuat dan membuat sendiri ajaran yang diajarkannya, jika ajarannya itu menyeleweng daripada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw. Maka kita hendaklah berhati-hati terhadap mereka. Sebab kita khuwatir, sebab boleh jadi dia adalah dajjal yang dimaksudkan.


Tempat Dajjal

Kita juga pernah mendengar hadis nabi Muhammad saw yang mengatakan bahawa dajjal itu ada di selatan, di utara dan di Timur. Oleh itu dajjal ada di mana-mana.

Dajjal-Dajjal Kecil

Kita juga ada mendengar hadis nabi Muhammad saw yang mengatakan bahawa dajjal itu ada 30 orang semuanya. Oleh hendaklah kita berhati-hati pada setiap ajaran yang diajarkan kepada kita, dengan membandingkannya dengan al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih.

Bila Dajjal Keluar

Kita pernah terbaca hadis dalam kitab sahih al-Tarmizi yang berbunyi, Nabi Muhmmad saw bersabda:

Jikalau ada suatu tanda-tanda kiamat muncul maka yang lainnya akan ikut muncul seperti manik-manik rantai yang ikut terlepas dari rantai yang putus.


Tanda Keluarnya Dajjal

Ketika ini, banyak tanda-tanda besar hari kiamat telah nampak, samada yang kecil maupun yang besar namun adakah Dajjal juga telah ada.


Siapakah Dajjal Dan Apakah Erti Dajjal?

Jika Dajjal telah wujud maka siapakah ia dan apakah erti Dajjal itu?

Adakah ertinya sipendusta, Na’uu dzu billahi min dzalik, mudah-mudahan kita tidak tertipu oleh sipendusta ini dan kita tidak digolongkan oleh Allah swt dari golongan pendusta.


Kekuatan Dusta Dajjal

Kita pernah terbaca dalam Hadis nabi Muhammad saw bahawa Dajjal ini dikatakan sampai begitu kuat berdustanya, sehingga amat ramai orang yang tertipu olehnya.


Keramaian Orang Yang Tidak Tertipu

Dalam hadis Nabi Muhammad saw juga menyatakan bahawa Orang yang tidak tertipu hanya tinggal segelintir sahaja.


Bandingan Dajjal Dengan Firaun dan Namrud

Ia begitu hebat berdusta sehingga mengalahkan dusta Fir`aun dan juga Namrud yang mengaku sebagai tuhan.


Dajjal Mengakui Dirinya Tuhan

Saya juga terbaca dalam hadis nabi Muhammad saw, bahawa Dajjal ini akan keluar pada akhir zaman, mengaku sebagai tuhan, mempunyai mata satu, dan membawa dua sungai, atau dua gambaran syurga dan neraka.


Syurga Dan Neraka Dajjal

Syurga sebenarnya api manakala neraka sebenarnya surga.


Dajjal Menghidupkan Orang Mati

Dari Riwayat Hadis nabi Muhammad saw juga bahawa Dajjal ini boleh menghidupkan orang mati dan menurunkan hujan, mempunyai kecepatan seperti hujan yang ditiup angin.


Kenderaan Dajjal

Dajjal ini mengenderai binatang yang sangat besar dan boleh terbang. Panjang sayapnya 30 meter.


Kelajuan Kenderaan Dajjal

Kelajuan kenderaannya sungguh cepat sehingga Rasulullah menyifatkannya seperti bumi dilipat.
Bermata Satu Bertulis Ka Fa Ra Diantara Kedua Mata

Mempunyai satu mata sahaja, dan ada tertulis perkataan Kaf Fa Ra di antara dua matanya.dan boleh dibaca oleh semua orang.

Dajjal Boleh Menguasai Syaitan

Dajjal ini juga dinyatakan oleh Rasulullah saw boleh menguasai syaitan hingga dapat menyuruh syaitan-syaitan itu menyamar menjadi ayah dan ibu seseorang untuk mengalabui mata manusia supaya manusia menyembahnya.


Wajib Melarikan Diri Dari Dajjal

Sabda Nabi Muhammad, jikalau kita mendengar mengenai Dajjal maka kita hendaklah melarikan diri darinya. Kerana ada sebahagian orang yang merasa beriman dan mahu melawan Dajjal itu, tetapi setelah ia berjumpa Dajjal itu maka ia kemudiannya tertipu juga oleh Dajjal itu.


Jajahan Dajjal

Dajjal akan pergi kesetiap rumah dan negeri kecuali negeri Mekah dan Madinah.


Kekuatan Fitnah Dajjal

Sabda Nabi Muhammad lagi, Tiada fitnah yang lebih besar dari fitnah Dajjal.


Adakah Hadis Dajjal Simbolik?

Tetapi, siapa sebenarnya Dajjal itu? Sehingga kini orang yang disifatkan oleh hadis nabi Muhammad saw itu masih belum kelihatan, adakah hadis-hadis tersebut bersifat simbolik atau kiasan sahaja.


Kajian

Jika di teliti hadis mengenai tanda hari kiamat seperti rantai yang putus dan peristiwa-peristiwa yang berlaku yang merupakan tanda seperti manik-manik yang terhurai selepasnya itu, saya merasa mungkin dajjal itu sudah ada.


Apakah Amerika Dajjal?

Namun adakah dia Negara Amerika seperti yang dinyatakan oleh orang banyak atau yang selain dari itu.


Kajian Pergerakan Dajjal

Apabila kita kaji mengenai pergerakan Dajjal, kita akan dapati bahawa Dajjal itu boleh bergerak dengan cepat sekali. Iaitu seperti hujan ditiup angin.

Namun perkara ini jika lebih diteliti adalah agak tidak begitu tepat pada maksudnya.


Maksud Hadis Kepada Simbolik Lebih Hampir

Mungkin Dajjal yang dimaksudkan ini adalah bersifat simbolik sahaja. Kerana adalah rumit pada fikiran kita jika seorang lelaki boleh pergi kepada semua manusia yang seramai 6 bilion orang ini dalam masa yang serentak untuk memelihara kepercayaan orang ramai terhadapnya.

Ia mestilah pergi kepada setiap satu kumpulan bergilir-gilir atau mungkin ia akan pergi ke setiap rumah bergilir-gilir.

Jika ia pergi kesetiap rumah secara bergilir-gilir, maka mungkin jika ia mengambil masa dalam 15 minit sebuah rumah untuk mempersembahkan godaannya. Maka ia akan mengambil masa yang lama barulah akan habis.

Kerana 1 jam ada 4 kali 15 minit. Satu hari ada 96 kali 15 minit. Manakala satu tahun ada 35040 kali 15 minit.

Penduduk dunia ini dianggarkan seramai 6 billion orang. Katakanlah jika di dunia ini cuma ada 6 ratus juta buah rumah. Maka jika 6 ratus juta buah rumah bahagi 35040 berjumlah 17123.28767 tahun.

Jadi untuk menggoda seluruh penduduk dibumi ini dengan pergi ke rumah-rumah adalah suatu perkara yang mustahil.

Itupun kalau ia pergi kemerata dunia tanpa rehat. Tanpa makan minum dan tanpa tidur.



Jadi tentu Dajjal ini akan menyuruh pengikutnya yang lain agar ia akan dapat menguasai dunia lebih cepat.
Perkataan Ka Fa Ra Di Mata Dajjal
Namun timbul pula masalah, kenapa Nabi Muhammad saw menyatakan bahawa semua orang akan terlihat matanya yang buta sebelah itu dan melihat perkataan Kaf Fa Ra di antara matanya itu. Jika pengikut-pengikut dajjal dikira dajjal, maka adakah semua pengikutnya itu akan ditulisi perkataan kaf fa ra di antara mata mereka. Namun jika dajjal berbentuk alat, maka Tulisan yang ditulis pada alat seperti TV lah yang lebih hampir pada tafsiran sebenar.

Selain itu, kenapakah ia tidak mampu menutupi matanya yang buta sebelah itu, walaupun dengan kaca mata. Atau dengan pembedahan pelastik. Ataupun menutup perkataan Kaf Fa Ra itu walaupun hanya dengan pembalut luka dan sebagainya.

Perkara ini bagi saya seperti simbolik. Apa yang Nabi Muhammad saw ceritakan itu nampaknya seperti menceritakan sesuatu yang lain.

Mudah-mudahan kita semua diberi hidayat oleh Allah swt agar apa yang saya simpulkan ini hampir kepada kebenaran,

Saya berpendapat apa yang nabi ceritakan itu adalah lebih mirip kepada alat yang amat banyak yang lebih kurang sama bentuknya di antara satu sama lain seperti Television.


Adakah Dajjal itu TV?

Perkara ini menjadi satu persoalan kepada saya apabila membaca hadis bahawa kelajuan Dajjal itu umpama hujan yang ditiup angin. Bukankah pancaran TV juga laju seperti Hujan ditiup angin.


Kemudian selain itu Dajjal juga ada membawa dua lembah surga dan neraka, yang mana lembah syurga berupa air tetapi sebenarnya ialah api neraka dan lembah api penuh sengsara yang sebenarnya adalah lembah air iaitu syurga yang sebenarnya. Bukankah rancangan TV itu banyak menyiarkan perkara-perkara hiburan yang sebenarnya maksiat. Dan menyiarkan Berita yang menyebabkan kita menangis tetapi menimbulkan keinsafan dan kesadaran.

Oleh itu apabila kita lihat dan berfikir keadaan Dajjal yang cacat dan bermata satu itu, adakah Dajjal itu boleh menyesatkan banyak orang Islam yang rata-ratanya bahkan hampir semuanya mengetahui bahawa Allah itu sempurna dan tuhan itu tidak pernah serupa dengan makhluk.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda,

Bahawa Allah swt hanya akan dapat dilihat selepas kita meninggal dunia.

Maka kita akan dapat mempastikan bahawa Dajjal itu bukanlah orang.
Jika Perkataan Ka Fa Ra Di Lihat
Lebih-lebih lagi dengan perkataan Ka fa ra yang tertulis di antara dua matanya yang boleh dibaca oleh semua umat Islam itu.

Maka tentulah jika dia muncul di hadapan orang Islam, Dajjal itu atau pengikutnya akan dibaling dengan batu oleh anak-anak kecil atau ditangkap.

Kerana rata-rata umat Islam tahu perkataan kaf fa ra’ itu adalah bererti bukan Islam.

Bahkan orang yang tidak atau amat jarang bersembahyangpun akan marah jika dia dikatakan kafir.

Jadi biar apapun zamannya perkataan tersebut akan dikenali oleh umat Islam dan apabila melihat perkataan itu di muka seseorang, maka mereka tentu akan tidak terpedaya.
Dajjal masih diikuti walaupun diketahui menipu

Namun walaupun Nabi Muhammad saw mengatakan semua umat Islam tahu perkataan tersebut, tetapi masih juga mereka sembah Dajjal itu apabila Dajjal itu keluar.
Kenapakah umat Islam masih terpedaya walaupun mereka tahu Dajjal itu kafir?

Adakah kerana ibu bapanya dihidupkan semula oleh Dajjal maka merekapun mahu menyembahnya?

Tapi adakah Dajjal perlu menghidupkan semua ibu bapa orang yang telah meninggal?

Atau memberikan makanan bagi semua orang yang tidak ada harta?

Jika begitu maka masa yang diambil oleh Dajjal ini untuk menggoda akan menjadi terlalu lama lagi.

Dan bagaimanakah ia akan memelihara kepercayaan semua orang yang telah digodanya ini dalam masa yang lama itu.

Pada saya jawapannya adalah 50 - 50. kerana saya berpendapat hadis hadis mengenai Dajjal ini adalah hadis-hadis yang simbolik.

Saya berpendapat, Dajjal itu besar kemungkinan ialah TV atau alat Dajjal atau kiblat kepada Dajjal yang sebenarnya.

Hadis-hadis yang disabdakan mengenainya mungkin bertujuan kerana Allah swt ingin menguji Iman umat Islam.


Kenapa Rupa Dajjal Hanya Disebut Simbolik

Penulis berpendapat, mudah-mudahan Allah mengampuni penulis jika salah, Allah swt sebenarnya hendak memberikan peluang dan kesempatan pada Dajjal dan Iblis untuk menggoda manusia.


Atau yang lebih penting mungkin kerana Allah hendak menutupi apa sebenarnya alat untuk Dajjal menggoda manusia itu, agar Syaitan atau musuh-musuh Islam atau Dajjal itu sendiri tidak terfikir bagaimana cara mencipta atau mencari alat tersebut sehinggalah masanya tiba.


Alasan Kuat TV Adalah Dajjal

Kenapa saya mengatakan TV itu berkemungkinan besar Dajjal atau Peralatan Dajjal ialah:

1. Lebih banyak rancangan TV itu dusta dan tidak baik termasuk berita dan juga sokan. Adakah sukan yang anda lihat tidak terlepas dari rasuah?

2. Buku-buku yang dusta ( Majalah, komik, Novel ) adalah haram kerana melalaikan dan tidak berfaedah, Musik adalah haram, Gambar adalah haram ditayangkan jika bukan bermaksud kebaikan dalam hukum syarak, lebih-lebih lagi jika gambar itu bergerak. Oleh itu jika dicampurkan semua itu dalam satu, maka hukum haramnya adalah berganda-ganda.

3. TV bermata satu sama seperti Dajjal bermata satu.

4. TV dengan mudah boleh mengambarkan dan membawa apa saja, sama seperti Dajjal yang diriwayatkan membawa lembah. Jika manusia biasa yang membawa dua lembah ke mana saja ia pergi tentu orang akan hairan.

5. Tv dengan mudah menghidupkan orang yang mati dengan melihatkan orang-orang yang mati hidup seperti orang lain. Tetapi mereka tidak hidup. Sebenarnya yang ada hanyalah bayang-bayang yang ada di dalam kaca TV.

6. TV juga dengan mudah mempengaruhi seseorang dengan rancangan yang dikatakan boleh mendatangkan keuntungan kekayaan, tetapi yang sebenarnya hanya seorang atau dua orang sahaja yang akan dapat nanti dari rancangan tersebut.

7. Kecepatan rancangan TV amat cepat datangnya kepada seluruh umat manusia jika ada siaran langsung. Kelajuan ini benar-benar seperti bumi dilipat sehingga melebihi kelajuan apa-apa bendapun yang bergerak.

8. Rancangan TV juga boleh diterima orang serentak dalam satu masa dan datangnya dari atas satellite, sama seperti kelajuan Dajjal yang dinyatakan seperti hujan yang ditiup angin. Jika Dajjal ini berupa manusia maka adalah mustahil ia mempunyai kelajuan untuk pergi kesetiap rumah dalam masa serentak.

9. Rancangan TV kebanyakannya disiarkan oleh orang kafir. Oleh itu perkataan yang tertulis di hujung sebelah kanan atau kiri TV selalunya tertulis dengan perkataan yang berjarak. Maka tentunya akan dikenali sebagai milik orang bukan Islam walaupun bukan tertulis Ka Fa Ra.

10. TV amat memberikan kesan melalaikan manusia, menjadikan manusia berubah dari baik kepada buruk, terutama pada kanak-kanak.

11. Keadaan orang melihat TV seperti keadaan orang menyembah berhala. Ada yang ketawa, menangis, marah pun ada bahkan bermacam-macam lagi. Orang ketawa ialah orang yang melihat maksiat, oleh itu mereka ketika itu sedang meminum air dari api neraka. Orang menangis ialah orang yang Insaf, jika rancangan yang mereka lihat itu tiada maksiat seperti berita, maka mereka boleh diibaratkan seperti meminum api yang sebenarnya ialah Syurga.

12. Kenderaan yang diceritakan dinaiki oleh Dajjal adalah sama seperti gambaran satellite yang berada diangkasa.

Oleh itu telinga yang berukuran 30 hasta sebagai pancaindera kenderaan dajjal adalah alat untuk menerima pancaran daripada bumi. Bukannya telinga itu bermaksud sayap kapal terbang seperti dakwaan sesetengah ilmuan Islam pada masa ini. Tetapi Telinga itu ialah Telinga Satelit.

13. Setiap negeri telah mempunyai stesyen TV satellite. Oleh itu hampir semua rumah-rumah didunia ini telah mempunyai alat penerimaan rancangan TV satellite.

14. TV ialah alat canggih dan ajaib yang boleh memberikan gambar dan suara yang hampir sama keadaannya dengan anak lembu emas yang boleh mengeluarkan suara ciptaan Samiri semasa menyesatkan kaum Bani Israel di zaman Nabi Musa a.s.

15. Berkemungkinan TV akan diharamkan di Mekkah dan juga Madinah selepas mengetahui ianya adalah Dajjal. Allahu ‘Alam. Ketika ini muzik dan Wanita sudah difatwakan haram disiarkan di TV oleh ulama Tanah Suci. Allahu Akbar. Bukankah Dajjal itu tidak akan dapat memasuki Makkah dan Madinah. Selain itu Orang-orang yang bukan Islam juga tidak dapat memasuki makkah dan Madinah. Allahu Akbar.

16. Banyak orang telah menganggap mereka tidak boleh hidup jika tidak ada TV di rumah mereka. Perkara ini sama seperti menganggap TV itu seperti tuhan. Na`u dzu billahi min dzalik.

17. Dalam satu riwayat menyatakan bahawa dajal itu bermata hijau dan keras seperti kuku, sama seperti TV yang bermata kaca yang keras seperti kuku.


Bahaya TV

1. TV lebih bahaya dari realiti. Kerana seseorang itu tidak segan silu lagi melihat dan mendengar perkara yang haram di hadapan TV berbanding dengan melihat yang haram dihadapan orang banyak.

2. Dosa melihat rambut wanita. 1 helai rambut sudah 1 dosa. Jika 1000 helai sudah jadi 1000 dosa, jika melhat dalam masa 1 jam sudah jadi beribu-ribu dosa. Jika melihat 10 wanita pula dalam rancangan itu, maka dosa sudah menjadi berpuloh-puloh ribu atau beratus-ratus ribu.

3. Setiap kali TV disiarkan, samada rancangan dakwah atau maksiat, bahkan sebelum azan muzik juga ikut berkumandang. Muzik adalah dan siraman air kemunafiqan. Sila lihat Fatwa Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan Brunei Fatwakan dalam buku Islam dan Muzik

4. TV menjadi alat hawa nafsu, dan menjadikan orang baik menjadi kurang baik, orang yang kurang baik menjadi tidak baik, orang yang tidak baik menjadi bertambah jahat.

5. TV menjadi alat Dajjal menggoda manusia untuk lebih mementingkan dunia. Hidup dengki mendengki, menunjuk-nunjuk dan lain-lain

6. TV menjadikan orang bukan Islam kaya raya. Seperti rancangan nyanyi yang di SMS

7. TV sebenarnya menjadikan orang Islam semakin lemah mundur dan miskin.

8. TV menjadikan orang Islam takut mati.

9. TV menjadikan orang Islam semakin lupa kepada Allah Subhanahu wata'ala.

10. TV alat barat untuk menipu umat Islam.

11. TV alat barat untuk melariskan barangan yang tidak berfaedah dan tidak penting.

12. TV menjadikan fikiran kurang bertenaga untuk berfikir dan kurang mampu untuk mengingat sesuatu.

13. TV adalah sama seperti patung anak lembu ciptaan Samiri yang menyesatkan kaum bani Israel.


Nasihat Rasulullah saw Apabila Kita Melihat Atau Bertemu Dajjal

Rasulullah saw pernah menasihatkan untuk sering membaca surah al-Kahfi atau membaca ayat 1 hingga 10 surah al-Kahfi sebagai ayat pelindung dari fitnah Dajjal.

Kenapa 10 ayat Surah al-Kahfi?

Ada orang bertanya, kenapakah ayat-ayat tersebut mampu untuk melawan fitnah Dajjal yang amat dahsyat itu?

Jika di ikut logiknya, jawapannya ialah Dajjal itu sebenarnya telah ada di dalam rumah kita dan kita telah lama tertipu olehnya.

Oleh itu sering-seringlah membaca ayat 1 hingga sepuluh surah al-Kahfi agar fikiran kita menjadi bijak untuk memilih mana yang benar dan tidak dari Peti TV Ajaib itu kerana dalam ayat ke 10 terdapat doa iaitu:


ربنا آتنا من لدنك رحمة وهيئ لنا من أمرنا رشدا

Tafsirnya : Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat daripada sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami


Dari tafsir ayat ini kita dapat memahami kenapa ianya di sarankan oleh Rasulullah untuk dibaca sewaktu berjumpa dengan Dajjal ialah agar kita sentiasa terpimpin dalam minda kita untuk sentiasa mengikut ugama yang benar dan tidak terpesong dari sebarang apa pun jua jalan yang salah.

Khatam al-Qur’an 40 Hari

Selain itu Nabi Muhammad saw juga menyuruh umatnya agar mengkhatamkan 30 juzuk al-Qur’an dalam masa 40 hari.

Jika lebih 40 hari tidak khatam, bermakna orang itu dalam keadaan lalai.

Apabila lalai, maka mudahlah orang itu diperdayakan oleh Syaitan.


Solat Fardhu Berjemaah Setiap Waktu

Rasulullah saw juga memerintahkan kita agar sentiasa solat fardhu berjemaah di masjid. Barang siapa yang solat bersendirian ia akan mudah diganggu shaitan, seperti serigala menunggu mangsanya apabila mangsanya itu terbiar sendirian.

Oleh itu untuk menghindari Dajjal, kita hendaklah:-

1. Sering membaca awal surah al-Kahfi 1 hingga 10, sebagai doa.

2. Sentiasa solat fardhu berjemaah, dan sebagai penjaga pergaulan.

3. Mengkhatamkan al-Qur’an sekurang-kurangnya 40 hari sekali. Sebagai penjaga pemikiran.



Nasihat Penulis

Penulis juga ingin turut menasihatkan agar pembaca-pembaca berawas-awas dengan TV.

1. Jangan melihat tv sambil makan atau minum atau pelahankan suaranya sehingga anda tidak mendengarnya jika anda sedang minum atau makan.

Kerana kesan bunyi boleh memberikan kesan pada makanan yang dimakan.

2. Dan jangan sesekali melihat rancangan hiburan, kerana rancangan hiburan itu melalaikan dan merupakan langkah-langkah Syaitan.

3. Dan jangan pula banyak melihat rancangan sukan yang mendedahkan aurat, walaupun aurat kaum sejenis. Kerana ia tetap haram.

4. Jangan biarkan TV atau radio bersiaran apabila anda mahu tidur.

5. Lihat TV untuk mendengar berita atau pelajaran sahaja.

6. Jangan lihat berita jika pembacanya ialah wanita, jika perlu juga dengar suara saja dan palingkan mata pada tempat lain dan tutup TV atau kecilkan suaranya setelah selesai berita .

7. Saya juga menyarankan agar mana-mana pihak dapat mengwujudkan suatu siaran Radio dan TV yang tidak mendendangkan muzik sebelum dan selepas berita atau sebelum dan selepas ceramah di siarkan.

8. Stesen itu juga hendaklah tidak ada gambar-gambar atau tayangan yang berbentuk maksiat yang tidak boleh ditatapi oleh semua orang Islam.

Seperti drama-drama yang semuanya sentiasa ada penipuan. Nama juga lakonan dan pelakon atau aksi atau actor atau eksyen, yang sama ertinya dengan penipu dan penipuan. Allahu A’lam.
Penutup

Penulis ucapkan tahniah dan terima kasih kerana membaca tulisan penulis. Mudah-mudahan ia baik untuk kita semua dan mudah-mudahan Allah swt sentiasa memimpin kita di jalan yang diredhaiNya.

Persoalan dan perbincangan mengenai Dajjal ini saya sebarkan kepada kaum muslimin dan muslimat agar perkara yang amat penting ini sama-sama dapat ditatapi bersama.

Bukan kerana hendak membuat kacau tetapi kerana merasa kewajipan dan juga amar ma’ruf dan Nahi mungkar yang merupakan amalan fardhu kifayah yang mesti dilaksanakan oleh barang siapa yang berkelayakan membuatnya selagi keperluan masih ada.

Oleh itu saya seru kepada diri saya dan juga sesiapa yang membaca risalah ini agar dapat menyampaikan risalah ini kepada sesiapa jua yang di kenali untuk menyempurnakan fardhu kifayah yang besar pahalanya ini.

Saya juga mengingatkan agar janganlah risalah ini disalah ertikan sebagai suatu yang mengacau keamanan dan kehormonian.

Selain itu tujuan menghadapkan risalah ini juga bukanlah untuk mengatakan saya lebih baik. Namun sebenarnya hanya untuk mendapatkan kesimpulan yang baik dan seterusnya memberikan peringatan kepada umat mukminin, Kerana Firman Allah swt. Dalam surah al-dzariyat ayat 55 hingga 58 bermaksud:

Dan berilah peringatan kerana peringatan itu memberi manfaat kepada kaum mukminin. Dan tidak aku( Allah) ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu (Allah) Dan Aku( Allah) tidak berkehendak dari mereka rezeki dan tidak Aku kehendaki mereka memberi Aku (Allah) makan. Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi Rezeki, Yang Mempunyai Kekuatan lagi yang Maha Kukuh Kekuasaan-Nya

Mudah-mudahan Allah swt akan memberikan hidayatnya kepada saya dan kita semua agar apa yang saya katakan ini mendekatkan kita semua kepada kebenaran. Sekian, yang baik adalah dari Allah dan yang kurang baik adalah dari sayasendiri. Wallhu Waliyyu al-Taufiq Wa al-Hidayah.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dicatat oleh Muhammad di 17:27

No comments: