Baru-baru ini saya pulang ke kampung di Batu Pahat,Johor.Saya mengambil peluang cuti hujung minggu ini ke dataran Batu Pahat untuk berjalan-jalan dan melihat gelagat orang.(al-maklumlah,bukan selalu dapat peluang macam nie)Sambil-sambil saya berjalan,mata saya tertumpu pada satu tempat urutan refleksologi.Tak sangka saya ada urutan ini dataran Batu Pahat.Sebagai seorang tukang urut guasa,saya tertarik untuk mencuba urutan refleksologi ini.Selepas berbual-bual seketika dengan tukang urut tersebut,saya mula mengambil tempat duduk.

Urutan dimulakan dengan melumurkan losyen urutan di kaki.tempat pertama yang diurut adalah ibu jari kaki.Agak menyakitkan juga apabila tempat yang diurut betul-betul terkena pada ‘mata urat’.Saya dimaklumkan bahawa bahagian tapak kaki kita boleh mewakili bahagian anggota badan kita.Contohnya bahagian jari-jari kaki mewakili bahagian mata dan telinga.Tumit pula mewakili bahagian pundi kencing.Kebanyakan tukang urut disitu merupakan OKU.Untuk 45 minit urutan refleksologi tapak kaki, saya di cas RM 20 sahaja.Ada juga urutan seluruh badan selama 70 minit yang dicas RM 40.Waktu urutan hari Jumaat,Sabtu dah Ahad.Saya bertanyakan jika ada peluang untuk belajar urutan refleksologi ini.Memang ada!(Jika berpeluang saya ingin belajar)

Selepas di urut terasa lega diseluruh badan.Sekali-sekala terasa juga ingin diurut.(Ye lah,asyik kita jek urut orang)Apa yang saya sedia maklum terdapat 4 jenis urutan iaitu refleksologi,bekam,guasa dan akupuntur.Buat masa ini saya sudah cuba ketiga-tiga jenis urutan kecuali akupuntur.Setahu saya urutan yang menggunakan tangan ini ada mandinya yang tersendiri. Mengikut orang tua-tua,tukang urut perlu ‘mandi’ untuk membuang angin dari orang yang diurut supaya angin tersebut tidak memudaratkan tukang urut.Ada orang memberi formula kepada saya,sebelum urut baca ayat kursi untuk menutup liang angin badan kita!Tetapi apabila bertanya pada tukang urut refleksologi mereka mengatakan tidak perlu mandi untuk membuang angin.(Orang yang urut saya asyik sendawa)Mugkin ini perbezaan antara urutan dulu dan sekarang.Apa-apa pun urutan merupakan satu kaedah rawatan orang dulu-dulu untuk menyembuhkan penyakit.

Bisik-bisik :

-sape nak try datang Batu Pahat…hihi

-mencari urutan akuputur pula lepas nie