16 December 2011

10 panduan doa yang mustajab

Ceramah umum oleh Ustaz Yusof Mamat dari JAWI. Pada kuliah Zuhurnya
beliau telah menerangkan 5 daripada 10 panduan doa yang mustajab (doa
yang diterima Allah S.W.T dengan cepat).

1.Golongan orang yang terdesak -ditimpa oleh
malapetaka. Bacakan ayat Seribu Dinar - Surah
Talak Ayat 2.

2.Doa orang yang kena zalim-contohnya pergi masjid
kasut hilang. Doakan yang baik kepada orang yang
mengambilnya semoga dengan doa ini si polan itu
boleh menjadi baik dan tidak melakukan perbuatan
yang tidak disukai oleh Allah.

3.Doa seorang bapa kepada anaknya. Doa bapa
mudah dikabulkan oleh Allah. Bacakan surah
Thaaha Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya
sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak
itu anak yang baik.

4.Doa daripada seorang anak kepada kedua
ibubapanya. Anak hendaklah sentiasa melihat
kedua ibubapanya dengan senyum. Jika kita
berbuat baik kepada kedua ibubapa, Insya Allah
anak-anak kita akan berbakti kepada kita pula.
Hendaklah selalu berhubung denga kedua ibubapa
melalui telefon, jika tiada telefon berhubuglah
dengan berdoa. Dengan cara berbaik-baik kepada
kedua ibubapa ini beliau telah memberikan doa
Nabi Zakaria tentang masalah susah mendapat
zuriat. Doa tersebut bererti:
(Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami dari
sisi-MU keturunan(anak) yang baik;
bahawasanya Engkau Tuhan yang sangat
mendengar doa hamba-Mu).

5.Doa seorang Muslim kepada saudaranya tanpa
kehadirannya.

No comments: