17 December 2011

ALAM ISLAMI


ALAM ISLAMI

Intisari Alam Islami
Oktober-November 1998

Keadaan Dunia Miskin (Dunia Ketiga)
Penagihan Dadah Di Afghanistan
Keadaan Ekonomi Rakyat Di Palestina
Tentera Pimpinan Kristian Bunuh Ramai
Orang Acheh
Pengeboman Di Sudan Dan Krisis Asia
Rencana Jahat Amerika
Persekongkolan Turki, Jordan Dengan
Israel
Kunjungan Ratu Elizabeth Ke Brunei Dan
Malaysia
C.I.A Mengajar Polis Palestina Cara
Menyiasat




Keadaan Dunia Miskin (Dunia Ketiga)

(New Straits Time, September 1998):
Dalam suatu tinjauan yang dibuat oleh UNDP (United Nations Development Programme) didapati bahawa masih ada 1 billion penduduk dunia sekarang yang tidak mendapat bahan keperluan dan perkhidmatan yang mencukupi. Secara puratanya seorang kanak-kanak yang hidup di Amerika Syarikat, Perancis dan Britain akan menggunakan dan mencemarkan barang keperluan dan bahan buangan dalam seumur hidup mereka 50 kali ganda berbanding dengan seorang kanak-kanak yang hidup di negara membangun. Pengunaan bahan-bahan mentah oleh negara-negara maju di Barat menyebabkan dunia mungkin tidak akan dapat menyaksikan penggunaan dan perkongsian yang sama rata, menurut kajian itu lagi, 20% dari penduduk dunia yang tinggal di negara-negara maju, menggunakan 86% dari pengeluaran bahan-bahan mentah dunia, 45% daging dan ikan, 74% talian telefon dan 84% dari semua kertas. Pengeluaran karbon dioksida per kapita daripada pembakaran bahan api adalah 21 tan metrik setahun di Amerika berbanding dengan 3 tan metrik di China. Dalam pada itu walaupun negara-negara maju (Barat) mempunyai secara puratanya taraf hidup yang tinggi berbanding dengan negara negara lain, tetapi dianggarkan seramai 17 juta penduduk di negara-negara berkenaan yang menganggur, tidak mempunyai tempat kediaman dan kelaparan. Jumlah penggangur sahaja adalah seramai 37 juta orang. Lebih 100 juta orang hidup dibawah paras kemiskinan dan 8% daripadanya adalah kanak-kanak. Amerika Syarikat walaupun merupakan negara pengguna bahan mentah terbanyak dunia juga menpunyai purata pendapatan yang tertinggi dikalangan negara maju, tetapi juga mempunyai jumlah penduduk termiskin paling ramai di kalangan negara-negara maju.
Inilah natijah kapitalisma. Walaupun negara negara maju seperti Amerika Syarikat merupakan negara pengguna bahan mentah terbesar dunia dan mempunyai secara puratanya pendapatan yang paling besar di kalangan negara maju, masih terdapat ramai penduduk yang hidup menggangur, miskin, kelaparan dan tidak mendapat penjagaan yang sempurna. Sistem kapitalis ini menyebabkan jurang minoriti kaya dan majoriti miskin adalah sangat besar.







Penagihan Dadah Di Afghanistan
(New Straits Times, September 1998):
Pakistan mempunyai seramai 2 juta penagih heroin dari penduduknya yang berjumlah seramai 130 juta. Pakistan juga mempunyai seramai satu perempat daripada jumlah penagih dadah di dunia. Di Afghanistan pula walaupun puak Taleban mula berkuasa, tetapi pengeluaran heroin adalah pada keadaan yang berganda. Dianggarkan bahawa Afghanistan adalah negara pengeluar yang terbesar bersama dengan Myanmar di dunia dan dianggarkan pada tahun 1997, Afghanistan mengeluarkan sebanyak 2,800 tan opium. Pada tahun lalu penguatkuasa Pakistan merampas sebanyak 8.5 tan opium, 5 tan heroin dan 15 tan dadah yang merbahaya yang lain.Pada 6 bulan pertama tahun ini, penguatkuasa Pakistan juga telah berjaya merampas 1.4 tan opium, 1.1 tan heroin dan 28.5 tan dadah yang lain. Kerana terdesak dengan perang saudara di Afghanistan, penduduk tidak mempunyai apa-apa jalan lain selain dari menanam tanaman yang boleh mengeluarkan dadah kerana dengan jalan itu penduduk tersebut boleh menyara hidup mereka yang tertekan akibat dari perang saudara yang berlanjutan. Walaupun di Pakistan telah ada usaha- usaha untuk memberhentikan penanaman pokok poppy dan lain-lain tanaman dadah yang merbahaya, bahayanya masih ada dengan penanaman pokok dadah di negara jiran Afghanistan.



Keadaan Ekonomi Rakyat Di Palestina

Parti Likud di Israel adalah lebih terbuka untuk membenarkan rakyat Palestin untuk bekerja di Israel daripada Parti Buruh. Tahun lalu adalah merupakan tahun yang baik untuk ekonomi Palestin, kerana statistik menyatakan bahawa jumlah syarikat berdaftar telah naik kepada 15%, pinjaman bank kepada perniagaan persendirian telah naik ke 60%, pengangguran turun 24% kepada 21% berbanding tahun 1996.Pada tahun 1996 bila mana telah berlaku beberapa serangan berani mati terhadap penduduk Israel, parti Buruh Israel telah menguatkuasakan perintah berkurung 140 hari di wilayah Tebing Barat dan Gaza. Ekonomi bertambah buruk ketika itu dan pengangguran bertambah 50% dan beberapa perniagaan terpaksa gulung tikar.Sejak perjanjian Oslo pada tahun 1993, GNP untuk seorang penduduk Palestin telah berkurang kepada 35%. Sejak tahun 1993, pekerja Palestin dan ahli perniagaan berasa sukar untuk mendapatkan permit kerja. Pada tahun 1992, seramai 120,000 penduduk Palestin dari wilayah dijajahi Israel berkerja di Israel. Tetapi tahun 1997 menyaksikan penurunan kepada 38,000 orang. Parti Likud yang mula berkuasa sejak tahun 1996 mempunyai kelonggaran terhadap tenaga kerja Palestin dari parti Buruh. Dalam tahun 1998, jumlah penduduk Palestin yang bekerja di Israel telah bertambah kepada seramai 45,000 orang. Juga telah ada beberapa kelonggaran untuk rakyat Palestin untuk bergerak bebas di antara Israel dan Palestin dan juga Israel telah memberikan permit tambahan kepada seramai 15,000 ahli perniagaan Palestin. Sistem berkurung yang diamalkan oleh parti Buruh adalah berakar umbikan kepada perang tahun 1967 dengan negara Arab. Sebagai ketua negara, Benjamin Netanyahu berpendapat bahawa jika rakyat Palestin diberikan kebebasan ekonomi, mereka akan berasa puas dan kemahuan nasionalis mereka terhadap suatu negara Palestin yang merdeka akan menurun. Walaupun sikap parti Likud terhadap pekerja Palestin adalah lebih terbuka daripada parti Buruh, Israel sekali kali tidak akan membiarkan rakyat Palestin mempunyai ekonomi bebas yang tidak bergantung kepada Israel sendiri. Mereka tidak akan membenarkan Palestinan Authority membuka sebuah lapangan terbang atau sebuah pelabuhan di wilayah Palestin.Israel juga tidak akan membiarkan semenanjung Gaza dan Tebing Barat dihubungkan secara ekonomi. Pada sebelum tahun 1993, separuh dari bahan keperluan yang dihasilkan di Gaza dipasarkan di Tebing Barat, tetapi pada tahun 1996, angka ini telah merosot kepada 2%. Israel akan hanya membenarkan rakyat Palestin dari Gaza untuk membeli barangan dan belajar di universiti di Tel Aviv daripada membeli barangan di Ramalah atau belajar di universiti di Tebing Barat. Langkah-langkah ini adalah untuk mengelakkan penduduk Gaza dan Tebing Barat dari mempunyai ekonomi tersendiri tetapi Israel mahu kedua dua wilayah bergantung secara langsung kepadanya sendiri.
Samada Parti Likud atau Buruh, agenda Yahudi adalah mahu terus berkuasa di wilayah Islam yang ditawannya, dan tidak akan ada sebarang pertukaran dalam agenda mereka. Selama kaum muslimin di Palestin masih seperti itu, maka mereka tidak akan merasai semula kekayaan alam mereka. Palestin adalah tanah mereka, namun kini mereka mesti mengemis kepada Israel. Betul-betul hina. Sampai bila mereka akan tetap seperti itu?







Tentera Pimpinan Kristian Bunuh Ramai Orang Acheh

(Economist September, 12-18 1998):
Selama beberapa tahun penduduk Acheh mengetahui tentang timbunan mayat yang tertimbus pada masa pemerintahan Suharto tetapi tidak ada yang berani tampil ke hadapan untuk mencari kebenaran. Tetapi dengan B.J. Habibie yang menerajui kerajaan yang baru ini telah memberikan ruang kepada penduduk di sini untuk mengetahui perkara tragedi yang berlaku lebih kurang 1 dekad lalu. Pada tahun 1989 (ketika L.B. Moerdani menjadi Menteri Pertahanan dan Keamanan), Presien Suharto telah menghantar askar khas ke rantau Acheh yang terletak kira kira 1,500 km dari barat laut Jakarta untuk menghapuskan suatu gerakan pemisah. Menurut laporan suatu gerakan hak asasi manusia, ramai penduduk telah dibunuh, dirogol dan didera dan tidak ada yang berani tampil ke hadapan untuk menyuarakan kebenaran kerana ketakutan. Antara tugas Habibie adalah untuk memulakan suatu penyiasatan keatas peristiwa pada tahun 1989. Pada bulan Ogos, ketua angkatan tentera General Wiranto telah mengatakan rasa kesalnya keatas apa yang berlaku di Acheh dan berjanji akan mencari anggota tentera yang terlibat melakukan jenayah keatas penduduk Acheh itu. Tetapi General Wiranto terpaksa menghantarkan tenteranya semula ke Acheh kerana sejurus sebelum tentera berundur, penduduk Acheh telah merusuh. Bumi Acheh kaya dengan bahan semulajadi seperti gas asli, arang batu, emas dan hutan tropika dan kerajaan Indonesia selalu mengharapkan kekayaan Acheh dapat diagihkan untuk keperluan untuk menampung kepadatan penduduk di Jawa, jadi tidak menghairankan mengapa kerajaan mahu memberhentikan segala gerakan pemisah di Acheh. Tetapi oleh kerana bumi Acheh yang kaya tidak membawa kekayaan kepada penduduk Acheh sendiri, maka ramai penduduk telah melaungkan sokongan mereka kepada gerakan pemisah mereka. Kementerian yang dibentuk oleh Habibie telah menyatakan supaya setiap kawasan di Indonesia mestilah mempunyai lebih kebebasan ke atas kekayaan alam mereka daripada ditadbirkan secara langsung dari kerajaan pusat. Ini berikutan dengan rasa tidak puas hati yang terdapat pada penduduk-penduduk di merata rata Indonesia seperti di Timur Timur, Irian Jaya dan kawasan lain dari Jawa.
Telah berlaku pembunuhan beramai ramai di Timur Timur yang majoritinya adalah penduduk Kristian yang mendapat liputan meluas di dunia, tetapi orang Islam yang terkorban di Acheh oleh regim yang sama tidak ada sebarang liputan oleh akhbar. Kekayaan dari segala pelusuk Indonesia digunakan untuk mengkayakan Suharto dan segala proksinya dan kroninya, diharap Habibie tidak akan melakukan kesilapan Suharto kerana kemungkinan revolusi yang lebih buruk akan menimpa Habibie dari apa yang menimpa Suharto.





Pengeboman Di Sudan Dan Krisis Asia Rencana Jahat Amerika

Pengeboman Amerika pada kilang ubat Sudan merupakan tindakan Amerika untuk menunjukkan bahawa dialah ‘hero’ atau pahlawan yang boleh menyelamatkan dunia. Sebab, tindakan ini dilakukan oleh Amerika setelah Amerika kehilangan pengaruh di mata dunia, setelah tidak mampu mengendalikan NATO dalam kes pengeboman Serbia ke atas Albania. Ditambah lagi dengan kegawatan ekonomi akibat polisi IMF yang dilakukan terlalu rakus untuk mengumpulkan sebanyak-banyaknya kekayaan dunia ke kantong Amerika, yang menyebabkan kegawatan ekonomi di kawasan Asia yang kemudian berkesan juga pada pasar ekonomi dunia.
Negara-negara Eropa ketika ini juga telah bangkit dan bersatu untuk menentang kekuatan Amerika sebagai polis dunia. Seperti halnya Amerika intervensi di Indonesia untuk menyelesaikan kegawatan ekonomi, yang sampai sekarang gagal mengendalikan kemerosotan ekonomi. Di Palestin sendiri, Amerika gagal menekan Israel agar menghentikan pembangunan kawasan pemukiman. Semuanya menunjukkan kelemahan Amerika. Namun, dalam keadaan seperti itu, Amerika ingin menunjukkan kepada dunia bahawa dialah pahlawan yang akan menyelematkan dunia setiap kali ada masalah. Sementara masalah itu, sebenarnya dialah yang menciptakannya sendiri hanya untuk diiktiraf oleh dunia, bahawa dirinya adalah ‘malaikat penyelamat’.
Inilah yang dilakukan oleh Amerika ke atas Sudan dan Afganistan. Dan terakhir ke atas konflik Afganistan dengan Iran. Semuanya adalah kerja Amerika agar boleh disebut sebagai ‘malaikat penyelamat’, sehingga kedudukannya sebagai polis dunia tetap boleh dipertahankan. Sebab, semua rusuhan dan kejahatan yang terjadi, sama ada di Indonesia, konflik Iran-Afganistan, pengeboman ke atas Sudan, semuanya merupakan kerja Amerika melalui agen-agen atau tangan-tangannya. Di Indonesia melalui NGO yang kebanyakan Kristian, iaitu 75 % daripada keseluruhan NGO yang ada. Di Iran, melalui Khatami, iaitu pemimpin yang pro-Amerika, termasuklah di Afghanistan yang dilatih dan dididik oleh Amerika. Demikian pula di Palestin, dimana Arafat adalah agen Amerika. Jadi, semuanya adalah agen-agen Amerika, yang diciptakan untuk membuat kerusuhan kemudian mengundang Amerika untuk menjadi ‘malaikat penyelamat.’ Sebagai konflik yang pernah terjadi di Teluk, pada tahun 90-an, iaitu antara Irak, Kuwait dan Arab Saudi. Semuanya adalah ciptaan Amerika.
Terakhir di Malaysia, Amerika ingin menghilangkan pengaruh Inggris, dengan menyingkirkan Dr. Mahatir, dan mengangkat Anwar Ibrahim. Namun, gagal dilakukan setelah Anwar disingkirkan oleh Dr. Mahatir. Maka, Amerika menggunakan Singapore untuk memancing konflik dengan Malaysia melalui Lew Kwan Yiew, agar Amerika boleh menjadi penyelesai, tetapi akhirnya gagal. Kemudian menggunakan tangan Habibie (Indonesia), Estrada (Filipina). Amerika ingin menguasai Asia, setelah menghancurkan ekonomi Jepun. Hati-hatilah kepada setan Amerika, dan setan-setan lainnya. Umat mesti bebas dari imperalisme Baru ini.




Persekongkolan Turki, Jordan Dengan Israel

Israel berusaha untuk menjadikan Jordan sebagai wilayah neutral, agar dapat menyukarkan pihak lain yang ingin menyerangnya. Apabila Israel sebelumnya merasai serangan tentara Mujahidin Lebanon ke atas wilayahnya. Ini adalah strategi Israel untuk memperkuat kedudukannya dengan menggunakan wilayah kaum muslimin. Di sinilah bodohnya Raja Hussein. Memang. Bahkan, Raja Husseinlah yang telah menyerahkan sebahagian wilayah Lebanon, yang kononnya melalui perang enam hari, yang nyatanya tidak terjadi peperangan. Bahkan, tentera kaum muslimin sengaja dibunuh ketika itu, agar ada kesan bahawa mereka telah diserang oleh Israel. Pemimpin mana yang sanggup menjadikan rakyatnya dibunuh untuk menjadi mangsa musuhnya? Tentu dia bukan pemimpin kaum muslimin.
Demikian juga halnya dengan Turki. Turki dimanfaatkan oleh Israel untuk melakukan latihan ketenteraan dengan Israel, sehinggalah kedudukan tentera Israel kuat. Inilah kebodohan kaum muslimin. Mereka membantu musuh mereka dan musuh Allah untuk membantai diri mereka sendiri. Israel memang mempunyai rencana jahat untuk menyerang Syria dari Turki. Memang bodoh.




Kunjungan Ratu Elizabeth Ke Brunei Dan Malaysia


Kunjungan Ratu Elizabeth ke Brunei dan Malaysia sebagaimana diungkapkan oleh sang Ratu ketika berucap di Brunei adalah kunjungan sabahat kepada sahabat yang lain. Katanya: “Sebagai sahabat, British tidak akan membiarkan sahabatnya mengalami masalah. Sebab, British bukan sahabat ketika senang sahaja, melainkan juga sahabat ketika susah.” Benarkah British menjadi sahabat negeri-negeri kaum muslimin, seperti Brunei dan Malaysia, yang pernah dijajah berabad-abad. Sejak bila British menjadi sahabat negeri jajahannya. Dan benarkah penjajah adalah sahabat? Negara yang telah menghancurkan seluruh kekuatan kaum muslimin, termasuk agama, ideologi, sistem kehidupan, tamadun, bahkan kemudiannya mengeksploitasi kekayaan alamnya untuk kepentingan mereka? Benarkah ini merupakan tindakan sahabat?
Ini merupakan pernyataan sang Ratu yang simpatik itu. Namun, sesungguhnya disebalik pernyataan itu ada maksud jahat. Apakah maksud jahat itu?
Ketika ini, negara-negara Eropah berusaha untuk merebut kuasa besar dunia meminggirkan kedudukan Amerika setelah British diasingkan dari kedudukan sebagai salah satu kuasa dunia, yang ketika itu adalah British, Perancis, USSR dan Amerika. British diasingkan dengan Perancis pada tahun 1960an. Kunjungan sang Ratu ke bekas negeri jajahan tersebut adalah untuk menyusun kekuatan dengan adanya sokongan dari negara-negara bekas jajahannya. Maka, ia berusaha menarik simpati negara-negara jajahannya dengan ungkapan yang simpatik.. Maka, waspadalah kepada negara penjajah, sebab penjajah adalah penjajah. Tidak akan pernah menjadi teman atau sahabat yang sejati. Ingat, Britishlah yang menghancurkan khilafah Islam di Turki, pada 3 Mac 1924.





C.I.A Mengajar Polis Palestina Cara Menyiasat

(New York Times: 5/3/98) Sumber rasmi kerajaan Amerika Syarikat mengatakan, bahawa C.I.A. masih melatih pasukan keamanan dalam pasukan Polis Palestin untuk melakukan tugas-tugas penyiasatan, mengumpulkan maklumat, melakukan investigation serta teknik-teknik penyiasan yang lain.
Sumber rasmi tersebut juga menyatakan, bahawa orang Israel yang berada di C.I.A. juga mengajari bagaimana cara memerangi aktiviti teroris dan aktiviti rahasia. Mereka mengajari orang khas dalam pasukan keamanaa Palestin tersebut, sejak tahun 1996 di USA hingga mulai dari taraf menengah (intermidiate) hingga tinggi (advance). Tokoh F.B.I yang bekerja di C.I.A. yang bertugas untuk menangani teroris juga membantu didalam melatih orang-orang Palestin tersebut.
Menurut laporan tersebut, tujuan mereka ini dilatih adalah: Pertama, untuk meningkatkan kemampuan pasukan keamanaan Palestin serta menyempurnakan kemampuan pasukan tersebut untuk mengetahui kelompok-kelompok teroris serta menangkap orang-orang yang disyaki dalam kelompok tersebut. Komentar mereka, bahawa pasukan tersebut telah berhasil mencapai tujuan pertama ini dengan gemilang. Kedua, meningkatkan kepercayaan pemerintah Israel kepada pemerintah Palestin.
Latihan tersebut dilakukan sebagai program bersama antara C.IA., pasukan keamanan Palestin dengan Mossad. Yang menjadi perantara terjadinya program tersebut adalah ketua pengarah C.I.A. yang berada di Israel, yang melakukan usaha untuk memerangi terorisme yang dilakukan oleh organisasi perlawanan Islam, seperti HAMAS, serta meningkatkan usaha untuk melakukan perdamaian di wilayah tersebut.



ISLAMIKA Oktober-November 1998

























The Ghost Rider, sidchowdary, jusschill and 18 others like this.


Source: http://www.lazydesis.com/funny-images-videos/145649-mysterious-tree.html#ixzz1gt9K03fa

No comments: