01 December 2011

Sunnah Memberi Makan Kepada Tetamu


Sunnah Memberi Makan Kepada Tetamu


Sunnah nabi s.a.w ialah memberi makan apa yang tetamu suka makan. (tanya dia dulu apa makanan kegemarannya) Beli atau masak makanan yang mereka makan. Walaupun tetamu itu musuh kita, layanlah dia sebaik mungkin kerana rezeki mereka tuhan telah letakkan dalam rumah kita. Allah mengampuni dosa ahli rumah yang melayan tetamunya dengan baik sekalipun dia adalah musuh yang sangat dibenci.

Jangan jadi seperti dalam cerita burung dan kura-kura. Satu hari burung mengajak kura-kura makan, lalu dihidangkan makanan dalam botol sedangkan kura-kura tidak boleh makan melalui botol. Lalu kura-kura pula membalas dendam dengan menghidangkan makanan dalam pinggan sedangkan burung tidak boleh makan di atas pinggan.

Tunggulah sehingga tetamu habis makan. Hendaklah tuan rumah tidak segera mengangkat tangan daripada makanan sebelum tetamunya benar-benar telah mengangkat tangan dari makanan tersebut (tidak mengambilnya lagi), dan sampai mereka benar-benar selesai makan.

Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu), sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu“.

Semakin banyak makanan yang dimakan oleh tetamu, semakin banyaklah pahala tuan rumah. Selain itu keikhlasan tuan rumah memberi makan juga menentukan banyaknya pahala yang diperolehi.

No comments: