Wednesday, February 29, 2012

suami isteri

Awas sihir tafriq. Pemisah suami isteri.


Baru-baru ini penulis telah menerima satu panggilan telefon dari seorang kawan dari Kuala Lumpur. Beliau telah meminta penulis menolong kawan beliau yang baru dapat anak pertama 2 bulan lepas. Tetapi masalah bukan anaknya tetapi pada isterinya yang berkelakuan pelik selepas bersalin. Perangai isterinya berubah dan asyik minta cerai dari suaminya. Benci kepada suami sampai tak boleh tengok suaminya langsung.

Jadi pada mulanya penulis ingat isteri kawan beliau ini mungkin "gila meroyan" iaitu penyakit yang kadang-kadang yang selalu terjadi kepada perempuan yang lepas bersalin. Mengikut ceritanya, kalau diikut hati suaminya mahu dicerai saja isterinya. Tapi penulis menasihatkan jangan ambil tindakan bodoh nanti menyesal kemudian hari kalau ikut hati yang marah. Bersabar dahulu atau dibawa ke pusat rawatan Islam. InsyaAllah boleh diubati penyakit ini tapi suaminya kena banyak bersabar.

Manusia rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Hati manusia kita tak boleh baca. Yang boleh baca isi hati kita hanyalah Allah SWT sahaja. Nabi Muhammad SAW sendiri pun tak boleh baca hati orang lain. Kalau ada bomoh atau pawang yang boleh membaca hati pesakitnya, jangan berubat dengan mereka. Syaitan dan Iblis pun tak boleh baca hati manusia. Mereka ini akan menyesatkan anda. Anda akan bergaduh kerana bomoh akan menyebutkan siapa yang membuat sihir kepada anda. Itulah kerja syaitan dan iblis yang suka melaga manusia supaya matlamatnya tercapai.

Kadang-kadang setengah manusia di muka bumi Allah SWT ini tak boleh tengok orang lain lebih sikit. Hati mula sakit. Yang jahat dan perut busuk mulalah fikir bagaimana nak merosakkan rumahtangga orang lain dengan menggunakan sihir. Bomoh-bomoh yang ada pun jangan percaya sangat akan kejujuran mereka. Dulu ada satu pasangan suami isteri berjumpa dengan bomoh untuk berubat. Suaminya minta bomoh tersebut mengubati isterinya yang sakit. Bomoh ini berkenan pulak pada isterinya lalu menggunakan sihir tafriq untuk memisahkan pasangan suami isteri ini.

Banyak kes-kes begini berlaku pada zaman moden. Lagi canggih teknologi makin kuat kepercayaan mereka kepada kehebatan bomoh. Sampai beribu-ribu ringgit habis untuk mencapai hajat yang dapat memuaskan hati mereka. Hajat yang baik tak apa lah. Ini hajat yang tak baik pulak. Yang selalu diminta oleh bomoh-bomoh kalau nak buat kerja-kerja sihir. Foto penuh mangsa dari kepala hingga kaki. Itu pasal kena jaga-jagalah foto yang penuh walaupun gambar beramai-ramai. Sekarang boleh "crop" menggunakan komputer. Lepas tu print kat kedai gambar.

Selain barang yang selalu diminta oleh bomoh-bomoh ilmu hitam ini seperti baju dalam dan seluar dalam kepunyaan mangsa sekiranya ada. Itu pasal dahulu ibu kita kalau basuh baju, seluar dalam dan baju dalam disidai berasingan atau ditempat yang tak boleh diambil orang. Sekarang kalau kita lalu diampai tempat sidai baju di taman perumahan. Kita boleh tengok berwarna-warni seluar dalam dan baju dalam tersidai tanpa rasa malu.

Mungkin dari firasat penulis isteri beliau tidak stabil emosinya dan pelbagai persoalan yang timbul? Kemungkinan ada orang sakit hati atau dengki dengan pasangan suami isteri ini. Yang hanya penulis boleh tolong dengan berdoa dan buat sembahyang hajat sahaja minta pasangan suami isteri ini dijauhi sihir dan iblis. Yang selebihnya ahli keluarga mereka kena berusaha sendiri. Berjumpa ustaz atau tok guru yang handal untuk pulih sediakala.

Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda:
"Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)
Hadis ini menjelaskan bahawa dalam banyak godaan yang diselenggarakan Iblis dan konconya ialah menceraikan pasangan suami isteri, sementara yang lain tidaklah menjadikan kebanggaan bagi iblis laknatuLLAH.

Oleh yang demikian, tidak menjadi kehairanan di kalangan perawat bahawa masalah yang selalu ditangani adalah sihir yang ingin memisahkan suami isteri.

Tanda-tanda gangguan

1. Keadaan yang berubah secara cepat seperti rasa cinta kepada marah, suka kepada benci dan sebagainya.

2. Meragui kejujuran pasangan, merasakan ada melakukan kegiatan curang yang berlegar dalam fikiran.

3. Amat sensitive, tidak mahu menerima kesalahannya.

4. Melihat pasangannya berwajah hodoh dan menakutkan.

5. Membenci pasangannya yang meruap-ruap.

6. Marah kepada pasangan semasa berada di rumah tetapi merasa aman dan tenteram bila pasangan tiada disisi. Adakalanya merindui pasangan ini bila berjauhan.

Rawatan

Bacakan kepada pesakit ayat2 berikut:

Surah Al-Fatihah
Surah Al-Baqarah :1-5
Surah Al-Baqarah :102 (7x)
Surah Al-Baqarah : 163-164
Surah Al-Baqarah : 255 (Ayat Kursi)
Surah Al-Baqarah : 285-286
Surah Al-‘Imran :18-19
Surah Al-A’raf : 54-56
Surah Al-A’raf : 117-122
Surah Yunus : 81-82
Surah Thoha : 69
Surah Al-Mukminun : 115-118
Surah As-Shaffat :1-10
Surah Al-Ahqaf : 29-32
Surah Ar-Rahman : 33-36
Surah Al-Hasyr : 21-24
Surah Al-Jin : 1-9
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Falaq
Surah An-Nas

Pesakit perlu melakukan mandian dengan cara membacakan pada sebaldi air: Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 4 Qul. Minum 3 teguk air berkenaan dan buat mandian sebagai bilasan terakhir. Jangan lap air berkenaan, biarkan ia kering secara terus memakai pakaian. Waktu terbaik mandi adalah sebelah petang. Lakukan setiap hari sehingga anda yakin tidak ada gangguan lagi.

Pesakit juga digalakan membaca Al-Baqarah 102 setiap kali lepas solat dan sebelum tidur.

Bagi wanita yang didatangi putaran haid, rakam bacaan di atas untuk didengar atau sekurang-kurang surah As-Shaffaat.

Pesakit juga mestilah berzikir “Lailahaillah wahdahu la syarikalah lahulmulku walahulhamdu wahua ‘ala kulli syaiin qadir” 100x pagi dan petang

Jika anda gagal berzikir, cuba lawan untuk berzikir. Jika gagal juga jumpalah perawat.

9 JENIS SIHIR

AL MARAD

Sihir sakit, orang yang terkena akan sentiasa sakit anggota badan, tidak berfungsi tiba-tiba atau kaku tubuh badan.

AL HAWATIF

Sihir yang membuat seseorang bermimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi, mendengar suara orang bercakap dalam jaga. Banyak was-was dan kuat syak wasangka pada orang yang rapat atau disayangi.

TA”TIL TAWAJ

Sihir bagi merosakkan perkahwinan seseorang. Kesannya akan merasa takut untuk berkahwin, mudah marah dan lupa dan kurang syahwat.

TAFRIQ

Sihir yang memisahkan suami isteri. Kesan sihir ini timbul perasaan marah dan benci apabila memandang satu sama lain sehingga merosakkan hubungan rumahtangga.

AL MAHABBAH

Sihir yang dibuat oleh isteri ditujukan kepada suaminya agar taat dan patuhi arahannya.

TAKHAYYUL

Sihir yang menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal. Juga akan berimaginasi benda kecil tetapi pada pandangannya ia besar.

NAZIF

Sihir yang dikenakan pada wanita yang mengalami darah istihadah (haid yang melebihi tempohnya), Darah akan keluar berterusan berbulan-bulan.

AL JUNUN

Sihir yang menjadikan seseorang lupa dan tersasul. Apabila bercakap matanya terbeliak. Tidak akan tetap di suatu tempat dan sering bertukar kerja. Selalu dilihat keluar tanpa hala tuju dan tinggal dirumah kosong.

AL KHUMUL

Yang terkena sihir ini akan suka bersendiri untuk tempoh yang panjang. Benci pada perhimpunan. Sentiasa resah dan lambat melakukan kerja.

Semuga dijauhi niat jahat manusia kepada kita serta dilindungiNya dan dipeliharaNya sepanjang masa.

Jazakallah Khairan.

DOA-DOA

DOA-DOA UNTUK MELINDUNGI DARI SIHIR-SIHIR TAFRIQ (PEMISAH IKATAN SUAMI ISTERI/IKATAN PERSAHABATAN/IKATAN ADIKBERADIK)


Salam pembaca,

Dalam rancangan "Semanis Kurma" yang dihostkan oleh Ustaz Akashah dan isteri beliau. Host jemputan mereka, Ustaz Sharhan Shafie yang merupakan pakar perubatan Islam yang banyak pengalaman dalam mengubat orang-orang yang terkena berbagai sihir, ada memberi beberapa doa-doa yang khususnya untuk mengelakkan Sihir Tafriq.

Sebelum ini penulis ada membuat posting untuk Doa Untuk Mengelak Sihir Tafriq (Pemisah Suami Isteri). Rupanya Sihir Tafriq ada banyak cabang selain memisah ikatan suami isteri. Sihir Tafriq juga digunakan ountuk memisahkan ikatan persahabatan kawan karib dan lain-lain ikatan mungkin termasuk memecahbelah ikatan di antara adik beradik, ikatan saudara mara dan yang terdekat termasuk anak beranak. Mungkin anak dan ibunya atau ayahnya.

Sihir Tafriq digunakan terhadap seseorang itu supaya membenci, bermusuhan dan berkelahi walaupun perkara yang remeh. Tanda awal suami isteri yang terkena sihir tafriq yang diberitahu oleh Ustaz Sharhan iaitu bila masing-masing berada jauh akan terasa rindu sangat. Tetapi bila berada bersama, selalu bergaduh atas perkara yang remeh, cepat panas baran dan tak boleh tengok muka si suami atau si isteri.

UNTUK DETEKSI GANGGUAN JIN SAMA ADA ANDA TERKENA SIHIR ATAU TIDAK

Kepada yang mungkin tidak selesa dan ada sesuatu menganggu dalam ikatan seperti disebut diatas. Mungkin anda telah di sihirkan sebelum ini. Baca doa ini selepas solat tersebut. Jika anda di sihir kemungkinan ada pertunjuk dari Allah SWT dalam erti kata yang lain. Anda akan terasa sesuatu keadaan yang berlainan seperti hendak pitam, sakit atau letih mungkin tindak balas dari bacaan tersebut terhadap sihir yang dikenakan pada anda. Jika tiada apa-apa tanda berlaku pada anda selepas membacanya. InsyaAllah anda tidak disihir.

Baca surah ini:-

1. Surah Al-Baqarah: ayat 102


Maksudnya:

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

PERUBATAN JARAK JAUH (PJJ)

Kaedah ini dilakukan untuk mengubat isteri, suami, anak atau saudara mara yang disihirkan berada jauh di dalam atau luar negeri. Lakukan solat sunat berikut pada 2/3 malam:

1. Solat Hajat

2. Solat Tahajjud.

Selepas solat tersebut, baca doa-doa ini.

1. Doa Untuk Kebahagian Rumahtangga Dan Keturunan.


Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

2. SURAH AZ ZUKRUF: AYAT 21



Maksudnya:

Pernahkah Kami memberikan mereka sebelum Al-Quran ini sebuah Kitab (yang membenarkan dakwaan mereka), lalu mereka berpegang teguh kepada kitab itu?

3. SURAH AL-ARAF: Ayat 21


Maksudnya:

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".

UNTUK PELINDUNGAN DIRI DARI TERKENA SEBARANG SIHIR TERMASUK SIHIR TAHRIQ

Baca selalu doa-doa ini setiap kali solat wajib

1. Surah Al Anam: Ayat 61


Maksudnya:

Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

2. Surah Hud: Ayat 57


Maksudnya:

Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu.

3.Surah Al Araf: Ayat 118


Maksudnya:

Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan.

Semuga mengamalkan doa-doa yang diatas untuk menjaga diri dan memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah SWT dari gangguan iblis dan jin yang dilaknat.

Lakukan yang terdaya tetapi berterusan kepada yang terkena sihir ini sehingga sembuh. Bacaan doa 1x/3x/7x mengikut kemampuan anda.

Wasallam.

berpoligami

Wahai suami, sanggupkah anda berpoligami


Berkahwin lebih dari satu adalah setiap impian dan angan-angan bagi semua lelaki. Kemampuan kewangan bukanlah satu daripada sebab-sebab untuk membolehkan seseorang lelaki itu berpoligami. Banyak lelaki yang berkemampuan tetapi setia pada satu isteri sahaja. Kadang-kadang ada yang memberi pelbagai alasan disebabkan kesihatan isteri, kurang layanan, tiada zuriat dan ada juga memberi alasan kononnya nak ikut sunnah Nabi SAW. Nabi SAW berkahwin lebih dari satu selepas wafatnya Siti Khatijah ra. Perkahwinan yang selepas itu adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang tertentu untuk kebaikan bagi megembangkan syiar Islam.


Jika nak ikut sunnah Nabi, banyak lagi sunnah Nabi SAW. Tetapi tidak diikut pun oleh mereka. Dalam soal ibadat juga tidak diikut. Cuma bab kahwin sahaja yang diikut. Memang begitulah sifat-sifat orang yang nak kahwin lebih dari satu. Perkara yang paling penting adakah mereka ini sanggup berlaku adil diantara isteri pertama dan isteri kedua.

Firman Allah SWT:-
Berpoligami itu hukumnya sunnah bagi yang mampu, kerana firmanNya “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilama kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” [An-Nisa : 3]
Memanglah jodoh, ajal, pertemuan dan rezeki adalah ketentuan dari Allah SWT. Jika ditakdirkan juga, itu semua kehendakNya. Tetapi Allah swt menyuruh hambaNya berusaha dahulu dan kemudian tawakal kepadaNya. Tetapi jika bukan jodoh seseorang itu, perkahwinan tidak akan bertahan lama. Akhirnya kembali juga ke pangkuan isteri pertama. Banyak kes bila suami ditimpa musibah atau sakit, isteri pertamalah tempat mengadu. Jarang ada isteri kedua atau ketiga yang ingin menjaga dan menguruskan berak dan kencing suaminya yang sakit. Jika ada boleh dikira dengan jari. Jika dari segi kemampuan kewangan, banyak kawan-kawan penulis yang telah berkahwin lebih dari satu dan ada yang sampai tiga isteri. Mereka ini terdiri dari yang bekerja kampong, buruh kasar, kerani dan bisnes kecil sahaja. Apabila ditanya pendapat, mereka, kebanyakan menasihat pada penulis “Jangan cari pasal!”.seperti kata-kata yang selalu disebut oleh kumpulan Sepah dalam rancangan Rajalawak. Bila dah kahwin dapat anak, barulah tahu masalah beristeri dua.

Bukan semua lelaki hendak berkahwin lebih dari satu. Ada dua orang kawan penulis yang terpaksa menguruskan rumahtangga kerana isterinya sakit lumpuh. Seorang lagi isterinya kena “stroke”. Banyak kawan-kawan menasihatkan mereka supaya berkahwin lain. Tetapi itulah lelaki yang setia. Kesetiaannya kepada isteri mereka susah digugat. Ini suami yang soleh.

Begitu juga penulis semasa di KL dahulu. Si suami yang sakit terlantar di hospital. Sungguh setia isterinya menjaga keperluan suaminya yang lumpuh dan tidak terdaya memberi nafkah zahir dan batin. Kepada isteri-isteri yang solehah ini, syurga tempat anda nanti. Semuga Allah SWT memberi kebahagian dan merahmati kamu. Jika lain-lain isteri yang kurang imannya pasti mencari penganti atau berlaku curang.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kesanggupan, maka menikahlah, karena menikah itu lebih menundukkan pandangan mata dan lebih memelihara kesucian farji ; dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, karena puasa dapat menjadi benteng baginya” [Muttafaq ‘Alaih]
Perkara-perkara yang tak sanggup dihadapi lagi untuk berkahwin lebih dari satu.

1. 1.Hilang kasih sayang anak-anak.
Kasih sayang anak-anak adalah yang paling utama dalam hidup. Hilang kasih sayang mereka, hidup pasti sunyi dan kosong. Sepatutnya bila dah anak-anak berkahwin, layan cucu-cucu yang ada, bukan anak kecil yang kadang-kadang orang ingat cucu kita.

2. 2.Pengorbanan Isteri.
Yang sanggup bersama di waktu susah dan waktu senang. Banyak pengorbanan yang belum tentu lagi sanggup dihadapi oleh isteri kedua seperti yang dibuat oleh isteri pertama. .

3. 3. Bangun Malam.
Tidak sanggup lagi bangun waktu malam untuk membuat susu dan menukar pampers seperti yang dibuat seperti dahulu. Biarlah bangun malam untuk melakukan solat kepada Allah SWT sahaja.

4. 4. Membahagi masa dan hari.
Bila beristeri dua atau tiga, kena adil dan bergilir-gilir tidur dirumah isteri pertama kedua dan ketiga. Tak sanggup berulang alik . Sepatutnya berulang alik ke Masjid untuk solat berjemaah dan mendengar ceramah ustaz..

5. 5. Ibadat dan amal Jariah.
Sepatutnya apabila anak-anak sudah membesar. Banyaklah membuat ibadat, menqada’ solat dan puasa ramadhan yang tertinggal dahulu. Masa yang ada sepatut berguru dengan ustaz bukan bergurau senda lagi.

6. 6.Bersanding atas pelamin.
Bila dah kahwin dengan anak dara, pasti tidak dapat dielakkan kerana adik beradik sebelahnya akan minta suaminya bersanding atas pelamin sebagai kenangan. Itu pasal kena pakai cermin mata hitam. Kadang-kadang kesian pada anak-anak isteri pertama yang tengok.”Bapaku kahwin lagi”.

7. 7.Isteri muda selalu menjadi perhatian orang.
A Apabila berjalan berdua-duaan dengan isteri muda, selalu orang akan memerhati isteri muda kerana suaminya tua, Macam bapa dengan anak. Mulalah suami cemburu tak tentu pasal.

8. 8. Melayan karenah adik beradik, mertua yang baru.
Kena jaga hati mereka kerana suami jadi perhatian dan orang baru bagi mereka. Kena berkunjung sampai habis semua kerabatnya yang ada jauh dan dekat.

9. 9. Menjaga kesihatan luar dan dalam.
Bila berkahwin dua, kena makan makanan yang berkhasiat, jamu dan segala makjun dan vitamin. Kena cari tukang urut batin bila isteri muda asyik nak yang itu sahaja. Badan yang kuat menjadi lemah. Mata asyik mengantuk sampai ceramah ustaz pun terlelap. Nak solat tasbih yang panjang pun tak termampu disebabkan terkandas diranjang bersama isteri muda. Sampai tak kering bulu , kata Kumpulan Sepah “ Sahaja aku mandi…”.

1 10.Mengawal kemarahan.
Semasa isteri pertama dahulu mungkin beliau tidak pernah kena jentik, kerana kita dapat mengawal kemarahan dan tahu sifat-sifatnya baiknya. Bila isteri muda mula buat perangai dan mengada-gada. Mula makan penampar sulong suami. Asyik meminta itu dan ini dan kuat memerap suami seperti budak kecil. Keluar bersembang lama sikit dengan kawan dipanggil balik kerana tidak boleh berenggang sikit macam belangkas. Suami naik rimas kena kontrol.

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang penulis nak senaraikan disini. Jika pembaca ada pendapat atau nak ditambah lagi. Sila komen nanti.

Suami yang berkahwin lain mungkin disebabkan perkara-perkara seperti berikut:-

1. 1. Isteri mementing diri sendiri dan adik beradiknya sahaja.
Jika adik beradik suaminya datang berkunjung. Buat perangai marah anak-anak bila buat kesilapan kecil. Yang paling ketara semasa menyediakan makanan yang ala kadar saja untuk adik beradik suaminya. Untuk adik beradik sebelahnya dihidang makanan mengalahkan Restoran Insaf.

2. 2. Isteri selalu mengungkit perkara-perkara yang lepas.
Perkara yang lepas dimaafkan tetapi apabila berlaku sikit salah faham. Diungkit sehingga suami sakit hati. Dalam bisikan hati suami ”Aku kahwin lain baru padan muka engkau”.

3. 3. Mengikis harta suami dan buat perangai bila suami jatuh susah.
Bila adik beradik mengadu sikit, habis semua harta nak dijualkan untuk membantu mereka. Sekadar membantu yang terdaya sahaja. Tengok beberapa selebriti dan pengacara TV yang tinggalkan suami mereka bila jatuh bangkrap. Sanggup berkahwin dengan orang tua yang seangkatan dengan datuknya bukan dengan bapaknya. Nak disebut nama...nanti penulis naik mahkamah pula.!

4. 4. Isteri suka memperleceh dan membebel suami dihadapan orang atau adik beradiknya.
Banyak berlaku sampai suami sakit hati. Ayatnya lebih kurang begini ''Suami aku bukan pangkat besar Limah, kuli cabuk je, bawa lori JKR, makan pun tak cukup!”. Ada suami menceraikan isteri yang begini. Bila berkahwin kali kedua. Bisnes naik tangan dan maju hingga kaya raya. Melopong isteri pertama yang kahwin dengan orang lain tetapi masih susah. Pernah tengok berlaku di depan mata.

5. 5. Isteri sakit tidak dapat memenuh keperluan seks suami.
Ada yang berkahwin lain kerana keperluan seks yang amat sangat bagi mereka mengelak dosa zina. Isteri menyuruh suaminya berkahwin lain. Isteri begini yang bertimbang rasa dan tidak mahu suaminya masuk neraka. Susah mendapat suami yang setia. Hanya setakat ini dua orang sahabat penulis yang berkorban segala-segalanya untuk isteri kesayangan mereka.


Banyak sebab-sebab lain suami kahwin lain. Hanya ANDA sahaja yang perlu ''cerminkan diri'' anda dan perbaiki kelemahan yang ada dengan bertanya kepada suami apakah yang kurang dan apa yang baik untuk suami anda supaya kekal bersama anda hingga akhir hayat.

Setakat ini sahaja semuga kita sama-sama sabar menghadapi ujianNya dalam hidup ini. Ingat matlamat dan tujuan hidup yang singkat ini. Bukan mencari bala. Perbanyakkan amal ibadat. Untuk mencari keredhaanNya dan rahmatNya supaya hidup kita tidak sia-sia.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cendurung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antaramu kasih dan sayang". Ar-Rum: 21
Jazakallah Khairan.

PEMIMPIN

PEMIMPIN YANG MAKAN NASI BUNGKUS, ADA LAGI KE.. PEMIMPIN MACAM NI!!


Kalau tengok blog-blog Pro-Kerajaan, berbagai gelaran dan kutukan pada hamba Allah ini. Ada satu kisah benar untuk jadi tauladan kepada pembaca. Ini kisah pasangan suami isteri ini yang suka sangat dan selalu kutuk hamba Allah ini.

Mereka membuka mini-market dan pada awalnya bisnes memang cukup maju sampai tak menang tangan. Tetapi bila sudah aktif berpolitik dan mendapat anugerah "Dato" dari sultan. Bertambah rancak kutukan mereka kepada hamba Allah ini. Hamba Allah ini tak pernah pun menganggu atau pun mengata apa-apa pun pada mereka. Last-last lingkup habis semua bisnesnya, kontrak yang ada pun habis, gulung tikar. Yang tinggal kini hanya gelaran yang sultan bagi. Pada captain itulah kena "tulah" sebab mengutuk seorang ulama'.

Pada penyokong yang taksub kepada hamba Allah ini. Janganlah terlalu taksub sangat sampai memberi gelaran nabi pada hamba Allah ini. Berilah ruang pada tok guru. Jangan sampai ada pihak lain ambil kesempatan tak henti-henti balun tok guru disebabkan kamu. Kerana taksub kamu tok guru jadi sasaran.

Kali ini bila anda membaca N3 kali ini, jangan pula ada yang menuduh captain orang PAS, okey! Bukan nak bercakap tentang politik di sini. Tapi captain nak bercakap tentang sikap seorang pemimpin yang sangat dihormati. Aku kagumi.

Nik Aziz Nik Mat namanya. Pernah dengar cerita tentang dia satu ketika dulu bila mana seseorang menceritakan pengalaman ketika meminta tolong kepadanya. Kebetulan mereka bertemu di luar pejabat Menteri Besar. Kata si pencerita, soalan pertama Nik Aziz ialah, nak minta tolong peribadi atau urusan pejabat. Bila diberitahu tentang niat meminta tolong, mintak tanda tangan untuk urusan peribadi, terus lelaki yang digelar Tok Guru itu mengeluarkan pen, murah aje pen tu, dan tanda tangan. Rupa-rupanya, itu ialah pen untuk kegunaan peribadi. MasyaALLAH... memang mengkagumkan!!

Kini aku membaca lagi tentang ketinggian akhlak lelaki ini DISINI hasil tulisan Mohd Rashidi Hassan. Cuba lihat...

"ANTA dah makan," tegur Tok Guru tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili. Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan. Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus.

Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas.

Beliau mencarik-carikkan isi ayam sedikit demi sedikit, dengan tangan kirinya menahan tulang ayam. Selepas secubit ayam dijamah, beliau menuangkan kuah gulai sedikit-demi sedikit, untuk dimakan dengan nasi. Begitulah selang-seli hidangan dimakan hingga habis.

Tok Guru tidak merungut. Nak tahu? Apa yang dimakan, itulah juga hidangan yang disajikan kepada seluruh peserta. Sama sekali tiada beza.

Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu. Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya.

Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia.

Sungguh aku terharu!

Wasallam.




DIAMBIL DAN DITAMBAH SIKIT DARI BLOG BINI CAPTAIN...ANA SOFIYA

KAMI TIDAK BERZINA!

KAMI TIDAK BERZINA!



"Kami tidak berzina !.

Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?

Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik.

Ingat pesanan Rasulullah SAW:
"Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan"(Tabrani) .
Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis. Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun! Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah SAW :
"Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman" (muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Bagi kes belajar berdua-duaan sahaja. Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah SWT tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah SWT, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagilah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah SWT suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah SWT. Belajar akan jadi ibadat.

Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid?. Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.


Bagi kes berdua-duaan sahaja. Study Group.? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ia pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua- duaan macam ni, betulke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu, banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!


Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran!.

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah SWT. Jadilah manusia yang sihat nalurinya.

Jangan jadi malaikat! Kerana Allah SWT jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta yang qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam.

Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah" (Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan?

Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina.

Kami tahan diuji?.

Allah SWT yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia
tidak tahan ujian. Oleh itu Allah SWT memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji? .

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah SWT takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah SWT tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah SWT tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah SWT berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah SWT:
"Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim" (al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa. Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?

Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk.

Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking.

Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai?.

Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti?.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah SWT? Kebahagiaan adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah SWT yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah SWT. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah SWT tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah SWT adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit, adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?

Ganti bercinta semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu
ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah SWT.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Allah SWT berfirman:
"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta.

Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?.

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga? Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Kami telah berjanji sehidup semati .

Apa ada pada janji cinta?

Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab?.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang secondhand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata, sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah SWT:
"Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang- orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar" (Surah Al-Ahzab: 35)
Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya.

Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:

1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2.Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar dan kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.

Ya Allah. Hamba Mu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hamba Mu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.

Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hamba Mu ini berdosa.

Amin, yarabbal alamin. Moga Allah SWT terima taubat kita Kita berpisah kerana Allah SWT , kalau ada jodoh ,tidak kemana! Ya Allah bantulah kami .Kini kami datang kepintu Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat kami.

Wasallam. Jazakallah khairan.

YouTube

Loading...