24 February 2012

BERSANGKA BAIK APABILA MELIHAT GAMBAR INI.

BERSANGKA BAIK APABILA MELIHAT GAMBAR INI.

pasangan

Sekali pandang gambar ini nampak romantik sungguh pasangan ini. Apa tidaknya berpelukkan ditempat yang sesak begini di Tanah Suci. Nak tahu kenapa si isteri dan suami ini berpelukkan?

Semasa gambar ini disiarkan , ramai orang yang bersangka tidak baik terhadap pasangan ini. Tetapi, jika dilihat dengan teliti, lelaki itu sebenarnya hanya mempunyai sebelah kaki sahaja .

Dan tidak mungkin ditempat suci ini dibenarkan untuk pasangan bukan mahram berkeadaan seperti ini , jadi sangat jelas ini adalah pasangan yang juga muhrimnya .

Dalam kata erti lain , apa yang ingin dijelaskan oleh jurufoto ini ialahKEBAIKKAN SEORANG ISTERI apabila sanggup memapah dan menolong Suaminya ketika dalam setiap perjalanan mengerjakan Ibadat di Tanah Suci Mekah .

Masyaallah ... Betapa besarnya pengorbanan seorang Isteri dan kesanggupannya bersama dengan suami dalam mengejar keredhaan akhirat ... Bersama - samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran , juga sentiasa bersangka baik Insyaallah .

Bermuhasabah lah bagi wanita - wanita diluar sana , adakah anda mampu untuk menjadi seperti ini ?

Sumber: Anak Seberang

No comments: