26 February 2012

DOA MOHON DIHILANGKAN RASA BERDEBAR-DEBAR.

DOA MOHON DIHILANGKAN RASA BERDEBAR-DEBAR.


Salam Pembaca Yang Budiman,

N3 kali ini atas permintaan seorang pembaca yang selalu berhubung dengan captain melalui SMS. Masalahnya ia tak dapat tidor malam dan hatinya sentiasa dan selalu berdebar-debar.

Masalah berdebar-debar keatas seseorang itu mungkin disebabkan terlalu fokus kepada sesuatu masalah. Masalah peribadi dan masalah ini akan terbawa-bawa sehingga apabila seseorang itu hendak lelapkan matanya tetapi fikiran itu masih memikirkan masalah. Jadi memang payah nak tidur malam.

Sebelum tidur eloklah minum "hot chocolate" atau "green tea". Elak minum kopi pada sebelah malam dan jangan makan daging lembu pada masa waktu makan malam. Makan makanan yang ringan sedikit supaya penghadaman itu tidak menganggu masa nak tidur.

Ada satu doa ini, eloklah dibaca kepada mereka yang selalu rasa berdebar-debar dan rasa takut takala nak tidur. Baca sebelum nak tidur. Insyaallah rasa berdebar-debar itu akan hilang. Doa ini juga dibaca apabila bertemu dengan musuh atau penguasa.


ALLAHUMAINNA NAJ'ALUKAFII NUHUU RIHIMM WANA'UZUBIKA MIN SHURURIHIM"

Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku menjadikan Engkau dileher mereka (agar kekuatan mereka tidak berdaya) dan aku berlindung dari keburukan mereka".

Wasallam.

No comments: