29 February 2012

UNTUK WANITA - MENJAGA KEBERSIHAN DI "BAWAH SANA"

UNTUK WANITA - MENJAGA KEBERSIHAN DI "BAWAH SANA"


JANGAN SAMPAI JADI MACAM NI!

Antara banyak-banyak bahagian pada tubuh kaum perempuan, bahagian 'itu' sering mendapat layanan '3rd class'. Jarang dijaga sangat tak macam jaga kulit muka atau bentuk badan. Kalau kat muka, ada jerawat sebijik pun dah bising, risau. Kalau badan nampak tembam sikit, dah susah hati.... tapi, di 'situ' ?

Selalunya bila dah tak tahan sangat, barulah nak pergi jumpa doktor, mengadu sakit. iyalah, siapa yang tidak merasa malu,kan... bahagian sulit tu!

Secara analogi, bahagian itu sama aje dengan muka kerana kedua-duanya mempunyai ciri yang sama - ada kulit, rambut dan membran mukus. Jadi masalah yang dialami pada muka seperti jerawat, reaksi alahan, kekeringan, menggelupas atau jangkitan fungus, juga boleh berlaku di 'situ'

Ada yang sanggup berhabis duit untuk jaga muka tetapi untuk jaga bahagian tu, Ada ke?

Bila tengok muka dalam cermin sebab itu secara tak langsung muka jadi bahagian yang paling dibelai. tapi, kat situ, ada antara wanita yang mungkin tak pernah tengok pun? ada ke? hehe...

Habis, nak kena tengok ke? macam mana nak tengok?

laa... guna cermin okey!

Buat apa?

Untuk tengok sama ada ada gangguan seperti jangkitan, keradangan (menjadi merah dan bengkak atas pelbagai sebab) atau kecederaan selepas terjatuh terutama pada kanak-kanak perempuan.

Antara gangguan yang boleh timbul ialah kehadiran sista Bartholin (benjolan mengandungi cecair di bahagian dalam bibir faraj), alahan, jangkitan herpes, ketuat atau kanser pada bibir faraj.

Walaupun ada antara masalah ini boleh menyebabkan kesakitan tetapi kebanyakan wanita cuba bertahan selama mungkin dan hanya berjumpa doktor apabila kesakitan itu sudah tidak tertanggung.

Namun rungutan yang biasa diterima daripada wanita membabitkan anggota sulit mereka ialah rasa gatal, sakit, bengkak, masalah bau yang kurang menyenangkan, kehadiran lendir atau sebarang bentuk ketumbuhan.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Tang Boon Nee. masalah yang paling biasa di negara beriklim panas dan lembap seperti negara kita ialah jangkitan. Ia lebih kerap berlaku pada wanita gemuk atau menghidap kencing manis. Jadi jika anda berada dalam kumpulan ini, perlu lebih berhati-hati kerana risiko untuk mendapat jangkitan adalah lebih tinggi.

Ramai orang beranggapan wanita yang mempunyai kehidupan seksual aktif lebih mudah mendapat jangkitan. Memang benar tetapi wanita yang tidak aktif (seksual) pun boleh mengalami jangkitan kulit faraj.

Masalah pengeluaran lendir seperti putih telur juga menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja berasa tidak selesa. tap usah bimbang, okey! ia normal dan biasanya pengeluaran lendir lebih banyak sebelum haid.

“Jangan panik jika anda mengalami sebahagian daripada perkara yang disenaraikan di atas kerana ia dianggap masalah biasa bagi wanita. Bukan semua rasa gatal disebabkan jangkitan atau ketumbuhan itu kanser. Namun untuk kepastian, boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan,” katanya.

Walaupun hampir 80 peratus wanita Malaysia tahu akan kewujudan produk penjagaan bahagian sulit, tetapi kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kebersihan untuk kawasan yang kecil itu masih rendah.

“Saya kerap ditanya, adakah cukup membersihkan bahagian sulit dengan air? Jawapannya ya. Ini kerana faraj mempunyai persekitaran yang bersifat berasid dan ia mampu mencegah jangkitan. Bagaimanapun tidak salah jika mahu menggunakan produk pencuci khusus untuk keselesaan. Apa yang penting ialah sentiasa memastikan ia sentiasa bersih,”

Oleh kerana kedudukan faraj sangat dekat dengan usus yang mengandungi banyak jenis bakteria, maka jangkitan mudah berlaku.

Antara cara untuk mengelakkan jangkitan ialah memastikan bahagian ‘bawah sana’ dibersihkan dengan baik khususnya selepas buang air besar.

Apabila mencuci, pastikan pergerakan menghala ke belakang iaitu membersihkan faraj dulu diikuti dubur. Ini kerana jika pergerakan mengarah ke depan, kita boleh memindahkan bakteria daripada dubur ke faraj.

Perlukah bercukur?

Ia terpulang kepada pilihan masing-masing. Ada yang bimbang jika tidak bercukur akan menyebabkan bahagian itu berbau. Anda tidak perlu terlalu risau kerana jika kebersihan terjaga, tiada orang boleh ‘menghidu’ bau anda. Jika didapati ia berbau kuat atau hanyir, itu menandakan ada jangkitan dan segeralah berjumpa doktor.

Apa yang perlu dihindarkan?

1. Pakai pakaian ketat (terutama seluar).
Tahukah anda seluar yang terlalu ketat boleh menyebabkan bahagian itu berbau?

2. Membiarkan kelembapan terperangkap dalam jangka masa lama kerana ia menyediakan persekitaran sesuai untuk pembiakan bakteria. Justeru, perlu memastikan seluar dalam anda sentiasa kering.

3. Pencucian faraj yang berlebihan seperti memancutkan air ke dalam faraj atau memasukkan jari yang bersabun ke dalam faraj untuk membersihkannya. Tindakan ini akan menghilangkan sifat asid pada faraj dan mendedahkan anda kepada jangkitan kulat.

4. Sentiasa memakai pelapik seluar dalam( panty liner)
Walaupun ia baik untuk menjamin kebersihan tetapi bagi sesetengah wanita khususnya yang sensitif, penggunaan pelapik seluar dalam yang berpanjangan boleh menyebabkan kerengsaan dan reaksi alahan.

5. Memasukkan objek asing ke mana-mana bahagian faraj termasuk menindik atas apa tujuan sekali pun.

Apa yang boleh dilakukan?

1. Sentiasa memastikan bahagian sulit bersih.
Cucilah sekerap mungkin. Boleh gunakan cecair pencuci khas atau sabun yang bersifat lembut

2. Pakai pakaian yang longgar.
Tidak mengapa jika anda gemar berpakaian mengikut bentuk badan, tetapi selang selikan dengan pakaian longgar.

3. Pastikan bahagian ini sentiasa kering.
Anda boleh gunakan alat pengering rambut tetapi pastikan angin tidak panas!

4. Ketika haid, selalulah tukar pad, ya. jugak seluar dalam

5. Jumpa doktor apabila anda rasa ada sesuatu yang tidak kena.

6. Ada kajian menunjukkan pemakanan boleh memberi kesan secara langsung kepada bau faraj.

Untuk bau yang lebih ‘manis’

Kurangkan makan daging dan produk daging, sebaliknya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air.

7. Jangan sapu bedak di bahagian ini.
Kajian menunjukkan talkum atau bedak boleh menyebabkan kerengsaan.

No comments: