Friday, March 16, 2012

Faedah-Faedah Berselawat

Faedah-Faedah Berselawat

1. Selawat agar dosanya mendapat ampunan

Maksudnya: "Ya Allah, semoga Engkau berikan rahmat atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. dan para keluarganya dan limpahkanlah keselamatan".

Kemudian selawat yang kedua ini mengandungi faedah yang sangat besar untuk menghilangkan kesukaran dan kesusahan yang dialaminya bagi orang yang memperbanyak membacanya.

Kemudian selawat yang kedua ini mengandung faedah yang sangat besar untuk

menghilangkan kesukaran dan kesusahan yang dialaminya bagi orang yang

memperbanyakkan membacanya :

Maksudnya: "Ya Allah, Limpahkanlah rahmat, keselamatan dan berkah kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan kepada segenap keluarganya".

2. Selawat mohon hajat dunia akhirat

Faedah selawat ini adalah, bahawa siapa yang mahu membaca selawat ini 100 kali, maka Allah Ta'ala mendatangkan hajatnya 100 hajat. Yang tiga puluh di dunia dan yang lain di akhirat. Ini selawatnya :

Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada keluarga penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada para ahli rumahnya".

3. Selawat menghapus dosa 80 tahun

Selawat dari Rasulullah s.a.w. di bawah ini mengandung fadilat dan faedah yang luar biasa. Iaitu siapa membaca selawat di bawah ini waktunya sesudah 'Asar dihari Juma’at sebanyak 80 (lapan puluh) kali, maka diampunkan dosanya lapan puluh tahun.

Ini selawatnya :

Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang Ummi".

4. Selawat menghilangkan segala kesusahan dan penyakit

Sebahagian Ulama ahli ma'rifah mengatakan, bahawa faedah selawat ini adalah untuk menghilangkan segala kesusahan :

Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat atas junjungan kami Nabi Muhammad yang cinta dan dicintai (Allah), yang menghilangkan segala penyakit dan yang menghilangkan segala kesempitan (kesusahan)".

5. Selawat mohon rezeki yang luas dan akhlak yang baik.

Fadilatnya: Selawat tersebut dinamakan selawat tausil'ul arzaq wa tahsiuk akhlaq. Adapun fadilat dan khasiatnya jika dibaca terus menerus nescaya diluaskan rezekinya dan diberi akhlak yang baik. Cara mengamalkannya adalah dibaca setiap sesudah sembahyang fardhu sebanyak 11 kali.

Maksudnya: "Ya Allah, semoga Engkau berkenan melimpahkan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad dengan selawat yang dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya ahlak kami dan curahkanlah pula kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah keselamatan".

6. Selawat Kamaliyat

Fadilat atau keutamaan dan khasiatnya sangat besar sekali bagi siapa yang mengamalkan membacanya. Iaitu jika dibaca sekali maka pahalanya sama dengan membaca selawat 10,000 kali. Kalau membaca 700 kali maka dapat menjadi tebusan bebas dari neraka.

Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat, keselamatan dan berkah kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan kepada keluarganya sebagaimana tiada batas bagi kesempurnaanMu, sebanyak bilangan kesempurnaannya (rasulullah)".

Itulah lafaz atau bacaan selawat kamaliyat tersebut. Semoga kita dapat mengamalkannya dan semoga dapat memperoleh Fadilatnya yang besar sekali itu.

7. Selawat mohon husnul khatimah

Fadilat selawat di bawah ini jika dibaca 10 kali setiap setelah maghrib, maka dapat memberi faedah, dapat menjadi husnul khatimah, yakni mati dengan kesudahan yang baik dengan membawa iman. Ini selawatnya :

Maksudnya: "Ya Allah limpahkanlah rahmat dan keselamatan atas junjungan kami Nabi Muhammad dan para keluarga dan sahabatnya dengan bilangan segala apa yang ditulis oleh qalam Tuhan".

8. Selawat penolak penyakit dan wabak

Fadilat dan faedah selawat ini adalah untuk dapat menolak penyakit dan wabak. Dimana dianjurkan untuk membacanya sebanyak-banyaknya ketika banyak orang yang menderita sakit dan orang mati. Ini lafaznya selawat :

Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat atas junjungan kami Nabi Muhammad dan kepada para keluarganya dengan rahmat yang Engkau menolak dengannya dari kami dari tusukan jin dan ta'aun. Wahai Zat yang urusannya jika menghendaki sesuatu dengan berkata kepadanya : Jadilah, maka jadilah ia".

9. Selawat untuk melapangkan kesempitan

Selawat ini telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada seorang mufti negeri Syam bernama Hamid Affandi al-'Imadi di dalam mimpinya. Rasulullah telah bersabda kepadanya: "Jika seseorang membaca selawat ini maka Allah akan melapangkan kesempitannya".

Dalam hal ini tidak sedikit orang-orang soleh yang membuktikannya dan sama berhasil berkah membaca selawat ini :

Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan keselamatan atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. sungguh sudah sangat sempit daya upayaku, temukanlah olehku ya Rasulullah".

10. Selawat untuk berjumpa Nabi dikala mimpi

Selawat ini mempunyai kelebihan dan keutamaan serta faedah yang besar iaitu jika dibaca insya Allah dapat berjumpa dengan Rasulullah di dalam mimpi. Inilah selawatnya :







Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan para keluarganya, di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan bimbingan semua yang diketahui oleh-Mu".

11. Satu selawat sama dengan 100,000

Iaitu lafaz selawat dari Imam Syadzili rhm dimana satu selawat itu sama dengan 100,000 selawat. Adapun fadilat, khasiat dan faedahnya adalah untuk menghilangkan segala kesusahan. Inilah selawatnya:


Maksudnya: 'Ya Allah, limpahkanlah rahmat, keselamatan dan berkah kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. cahaya segala zat dan rahsia yang mengalir pada sekelian nama dan sifat".

12. Selawat mohon ketabahan jiwa dan raga

Fadilatnya: Jika selawat ini benar-benar diamalkan membacanya, niscaya akan memperoleh ketabahan jiwa dan raga.




Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad cahaya segala zat dan rahsia yang mengalir pada sekelian nama dan sifat dan limpahkanlah pula kesejahteraan itu keatas keluarga dan sahabat-sahabatnya dan berikanlah keselamatan".

13. Selawat mohon banyak rezeki

Fadilatnya adalah, jika selawat ini benar-benar dibaca sebagai wirid, maka insya Allah akan memperoleh rezeki yang banyak, rezeki yang luas dan lapang yang datang dari segala arah yang belum nampak.





Maksudnya: Ya Allah, limpahkan kesejahteraan, keselamatan

Maksudnya: Ya Allah, limpahkan kesejahteraan, keselamatan serta barkah atas junjungan kami Nabi Muhammad dan atas keluarganya sebanyak bilangan rezeki dan pintu (rezeki). Wahai Zat yang menganugerahkan rezeki kepada yang Engkau kehendaki tanpa hitungan; Anugerahkanlah rezeki yang luas bagi kami dari setiap arah perbendaharaanMu yang ghaib dengan tiada mahluk lain yang mengundat-undat (kerana iri); hanya kerana anugerah dan kedermawanMu jua wahai Zat Yang Maha Pemurah".

14. Selawat mohon terhindar dari bahaya dan mohon rezeki yang mudah (dibaca selesai sembahyang fardhu)

Fadilatnya, bahwa jika selawat tersebut dibaca setiap selesai sembahyang fardhu, maka niscaya akan terhindar dari segala mara-bahaya dan memperoleh rezeki dengan mudah.

Selawat tersebut adalah selawat Wali Kutub Ahmad Al-Badawi, berfaedah untuk menghasilkan cahaya dan rahsia rezeki lahir batin dan dianjur untuk mendatangkan segala hajat. Perlu dibaca sehari dan malamnya 100 kali


Maksudnya: "Ya Allah limpahkan kesejahteraan atas cahaya segala cahaya, rahasia sekalian rahsia, ubat segala ubat dan kunci segala kemudahan, junjungan dan tuan kami Nabi Muhammad yang terpilih dan segenap keluarganya yang suci-suci serta sahabat-sahabatnya yang baik-baik sejumlah bilangan nikmat Allah dan anugerahNya".

15. Selawat mohon kesihatan jasmani dan rohani (hati)

Fadilatnya: Agar kita benar-benar dapat memperoleh kesihatan jasmani dan rohani maka perbanyaklah dan biasakanlah membaca selawat tersebut.





Maksudnya: "Ya Allah, tumpahkanlah kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad yang merupakan ubat hati dan penyembuhan dan merupakan penyehat dan penyelamat badan dan merupakan cahaya dan sinar penglihatan dan yang merupakan penjamin kesihatan jasmani dan rohani akan keperluan makanan dan juga tumpahkan kesejahteraan itu atas keluarga serta sahabat-sahabatnya dan berilah keselamatan".

Dipetik daripada

Kumpulan Selawat Nabi Lengkap dengan Khasiatnya

====================================================================================

YouTube

Loading...