15 May 2014

Penyanyi Adam Ahmad meninggal dunia


Penyanyi Adam Ahmad meninggal dunia



Penyanyi era 80an Adam Ahmad
KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80an lagu Kau Pergi Jua, Adam Ahmad meninggal dunia di Hospital Ampang pada pukul 12.15 pagi Khamis 15 May, 2014 akibat penyakit kencing manis, jangkitan kuman dalam darah dan tekanan darah rendah.
Jenazah dilaporkan akan di di bawa ke rumahnya di Taman Chempaka, Ampang.KL
Jenazah  akan diuruskan di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur pagi ini.
Selain menyanyi, Allahyarham juga merupakan seorang komposer dan pernah memenangi Anugerah Juara Lagu pada tahun 1990 menerusi lagu ciptaannya, Janji Manismu dendangan Aishah.
Adam Ahmad, 49, juga dkenali sebagai komposer lagu yang menaikkan nama penyanyi Aishah iaitu Janji Manismu, manakala Teratai Layu Di Tasik Madu nyanyian Fauziah Latiff yang pernah menjadi johan pertandingan Juara Lagu 1993 juga ialah ciptaan Adam.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Norliza Ayat, yang telah dinikahinya pada tahun 2010.
Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Ameen

05 May 2014

Aziz Satar Meninggal Dunia - Al-Fatihah

Al-Fatihah- “Ajis Bujang Lapok” Meninggal Dunia

seniman aziz sattar dalam adegan filem Bujang Lapok 1A PETALING JAYA:  Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang dekat sini kira-kira pukul 2 pagi Selasa,tanggal 06 Mei 2014 bersamaan 6 Rejab 1435 Hijrah...
Berita kematian Allahyarham itu disahkan oleh cucunya, Abu Ubaidah A. Ishak menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 2.15 pagi.
“Atok saya, Datuk Aziz Sattar telah menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi tadi (Selasa). Sedekahkan Al-Fatihah,” katanya dalam Twitter miliknya itu.
Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.
Terdahulu pada malam Ahad lalu Allahyarham dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan akibat serangan jantung tetapi keadaannya dilaporkan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Korinari (CCU).
Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan seniman Tan Sri P.Ramlee dan popular menerusi filem Bujang Lapok.
Beliau juga pernah menyertai kumpulan pancaragam Pancasitara  yang dianggotai oleh  P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor  pada awal tahun 1950an.
aziz satar a
Wajah Aziz Sattar semasa muda


Selain berpuluh-puluh filem lakonannya, Allahyarham juga pernah mengarah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979),Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan(1982) dan Darah Satria (1993).

Pada tahun 2007,  Allahyarham menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong,  Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk.

Antara kisah menarik Allahyarham, beliau pernah disiksa oleh tentera Jepun kerana dituduh mencuri selain dikenakan penjara selama enam bulan selepas disyaki terlibat dalam kes rusuhan Natrah di singapura pada tahun 1950-an.

Allahyarham pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya sahaja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan seniwati Dayang Sofia (isteri keempat – bercerai).

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak.

Pada 16 Disember 2006 Allahyarham berkahwin dengan Hashimah Delan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dekat sini dengan mas kahwin RM100.

Ketika berita ini ditulis kira-kira pukul 2.30 pagi, mStar Online difahamkan jenazah Allahyarham masih ditempatkan di Pusat Perubatan KPJ Kajang dan urusan pengebumian akan dimaklumkan selepas semua ahli keluarga berkumpul.

mStar Online akan mengemaskini perkembangan mengenai Allahyarham kemudian.

Sumber Mstar