Sunday, July 17, 2016

RUPANYA BRUCE LEE PERNAH KALAH DENGAN PERSILAT YANG KITA TIDAK TAHU!








Bercerita mengenai seni mempertahankan diri sudah pasti ramai yang mengenali dengan nama tersohor dalam seni mempertahankan diri iaitu Bruce Lee. Bruce Lee menjadi terkenal dan tersohor di seluruh dunia dalam ilmu mempertahankan diri apabila mula berlakon dalam filem-filem.
Disaat namanya semakin terkenal, Bruce Lee telah meninggal dunia. Berita mengenai kematian Bruce Lee sangat mengejutkan dunia.
Jika kita lihat di internet, terlalu banyak cerita tentang punca kematian Bruce Lee. Jika fakta itu diperolehi dari Nusantara, selalunya cerita itu akan berkisar kekalahan Bruce Lee dengan Silat Gayong, tetapi jika fakta itu dari benua selain Nusantara dan Asia, ianya lebih kepada fakta tentang Bruce Lee dibunuh oleh isterinya sendiri. Ada juga yang mengatakan kematian Bruce Lee disebabkan beliau mengambil dadah secara berlebihan dan juga kerana sakit yang beliau alami kerana latihan fizikal yang berat serta berterusan.
Namun dalam artikel ini lebih menjurus kepada fakta yang diperolehi dari versi-versi Nusantara yang disampaikan kebanyakkannya dari ahli pesilat Gayong sendiri. Walaupun ianya mempunyai banyak versi namun jalan ceritanya tetap sama. Fakta ini tidak mempunyai sebarang pembuktian secara rasmi tetapi ianya tetap segar di setiap ingatan ahli Silat Gayong sedunia.
1. Bruce Lee bukan mati disebabkan Dicky Dzulkarnaen (pelakon Indonesia) tetapi disebabkan Mahaguru Almarhum Dato Meor Abdul Rahman (ADMAR).
2. Tahun 1973 Bruce Lee menemui Dato Meor Abdul Rahman untuk mengajak anak gayong berlakon di dalam filem terbarunya. Dato Meor Abdul Rahman menolak kerana semestinya gayong akan ditewaskan oleh kungfu (Jeet Kune Do) di dalam filem tersebut dan ini boleh menjatuhkan nama baik dan maruah Silat Gayong.
3. Tapi Bruce Lee agak angkuh kerana ingin melihat gaya dan langkah gayong dari Dato Meor Abdul Rahman. Beliau menolak pelawaan Bruce Lee sebanyak 2 kali dan kali ke-3 dipelawa Dato Meor Abdul Rahman akhirnya terus terima tetapi bersyarat iaitu mestilah dilakukan di tempat yang tertutup. (Dah macam dalam Movie Ip Man)
4. Bruce Lee banyak menggunakan kaki semasa membuat serangan ke atas Dato Meor Abdul Rahman namun dengan mudah dielak. Dato Meor Abdul Rahman membuat satu pukulan iaitu ‘kipas senandung dalam senandung’ di rusuk Bruce Lee. Pukulan itu menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur.
5. Dato Meor Abdul Rahman memberikan Bruce Lee air penawar yang dibacakan doa untuk merawat kesan pukulan tersebut.
6. Selepas pulih dalam beberapa tempoh, Bruce Lee berhasrat untuk mencuba kehebatan seni mempertahankan dirinya terhadap silat. Dia pergi ke Indonesia untuk mencari Dicky Dzulkarnaen yang dikhabarkan juga cukup handal dalam silat.
7. Berita kekalahan Bruce Lee memang sudah diketahui oleh ramai mahuguru pertahankan diri termasuk Dzulkarnaen sendiri.
8. Bruce Lee sekali lagi dikalahkan apabila Dicky Dzulkarnaen menumbuk tapak kaki Bruce Lee. Tetapi kali ini tiada sebarang air penawar diberikan.
9. Dipercayai, kesan dari tumbukan itu menjadikan Bruce bertambah parah ditambah dengan kesan pukulan oleh Dato Meor Abdul Rahman sebelum ini.
10. Menurut anak muridnya (Daniel Inosanto) yang juga menyambung legasi Bruce Lee dalam mengajar Jeet Kune Do, Bruce Lee dilihat banyak membaca tentang ilmu Pencak Silat sebelum kematiannya.
11. Daniel Inosanto juga telah memasukkan seni silat dalam seni mempertahankan diri untuk diajarkan kepada anak muridnya.
Sumber artikel :

BUAT RUMAH DENGAN HANYA 40K, LOAN BANK HANYA RM 150 SEBULAN (18716)


Cara apply rumah mesra rakyat (RMR) 1 malaysia.
1. Wajib ada tanah sendiri
2. Pergi SPNB
3. Ambil borang dan isi.
4. Apply kat SPNB nak design ni.
Kalau nak print gambar ni silakan.
Harga – rm60k
Subsidi kerajaan – rm20k
Yang perlu dibayar – rm40k
Kalau buat loan 20 tahun – rm150 bulan2
Kalau nak apply dan memohon boleh rujuk terus ke SPNB di –> Cara apply rumah mesra rakyat (RMR) 1 malaysia.
1. Wajib ada tanah sendiri
2. Pergi SPNB
3. Ambil borang dan isi.
4. Apply kat SPNB nak design ni.
Kalau nak print gambar ni silakan.
Harga – rm60k
Subsidi kerajaan – rm20k
Yang perlu dibayar – rm40k
Kalau buat loan 20 tahun – rm150 bulan2
Kalau nak apply dan memohon boleh rujuk terus ke SPNB di –> http://www.spnb.com.my/
atau
jumpa adun kawasan anda dan minta borang untuk RMR ni.
Sila sebarkan supaya smua orang tahu

10 RAMALAN NOSTRADAMUS UNTUK MASA DEPAN DUNIA.




Ahli Nujum atau ahli astrologi Prancis yang terkenal  Michel de Notre Dame atau lebih dikenali sebagai Nostradamus yang telah menerbitkan  Les Propheties yang terbit untuk pertama kalinya pada tahun 1555 telah membuat ramalan mengenai dunia di masa hadapan. Tetapi  ramalan ini tidaklah boleh dipercayai seratus peratus dan kita ambil sebagai hiburan dan menambah pengetahuan mengenai pemikiran. Kerana Allah s.w.t lebih mengetahui tentang segala-galanya yang akan berlaku.
Ramalan Nostradamus telah terbukti, antara lain Kebakaran Besar Chicago pada 1871 dan kebangkitan Adolf Hitler pada 1930-an, yang masih menjadi misteri adalah sumber dari penglihatannya itu dan kemampuan dia untuk memjangka masa depan.
Berikut 10 ramalan Nostradamus yang kemungkinan akan terjadi;
1. Perang Dunia Ketiga
Satu peperangan akan dimulai antara dua kekuatan besar di dunia dan akan berlangsung selama 27 tahun. Bencana besar akan bersamaan dengan munculnya komet di langit. Perang nuklear dan bencana alam akan melanda planet saat sebuah planet besar mendekati Bumi.
2. Ledakan besar Vesuvius
Nostradamus dipercaya memramal ledakan besar satu gunung api. Letusan Gunung berapi Vesuvius di pingir Napoli, Italia, paling buruk dalam sejarah akan disusul dengan gempa bumi yang mengguncang Bumi setiap lima menit sekali, membunuh antara enam hingga 16.000 orang. Letusan Gunung Vesovius itu meluluh-lantakkan Pompeii dan Herkulaneum.
3. Gempa bumi terbesar yang pernah tercatat sejarah
Gempa bumi terbesar dalam sejarah Amerika Serikat (AS) akan terjadi, utamanya mempengaruhi kawasan Barat AS, kekuatan gempa diramalkan akan terasa sampai negara-negara lain di dunia.
4. Izin jadi orangtua
Mereka yang ingin memiliki anak akan memerlukan izin dan lesen, dan mereka tidak akan senang dengan peraturan itu.
5. Ekonomi global runtuh
“Para orang kaya akan mati berkali-kali,” demikian tulis Notradamus.
6. Orang akan hidup lebih dari 200 tahun
Kemajuan dalam pengobatan akan memperpanjang rata-rata usia manusia hingga 200 tahun. Orang usia 80 tahun akan tampak seperti 50 tahun.
7. Radiasi membakar bumi
“Para raja akan mencuri hutan-hutan, langit akan terbuka, ladang-ladang terbakar oleh panas,” demikian ditulis peramal Notradamus. Itu adalah peringatan bahwa perusakan hutan hujan akan mengarah pada  berlubangnya lapisan ozon dan terpaparnya Bumi oleh radiasi ultra violet yang berbahaya, semua disebabkan oleh pembalakan hutan besar-besaran di seluruh dunia.
8. Pajak dihapuskan di Barat
Satu revolusi besar akan mengakhiri pajak selamanya. “Orang-orang akan menolak membayar pajak pada raja.” Pada hari itu, banyak orang akan merayakan kebebasan di negara yang menghapus pajak.
9. Manusia bicara pada binatang
“Babi akan menjadi saudara laki-laki manusia,” tulis Nostradamus. Hal itu berkaitan dengan kemajuan sains yang memungkinkan manusia berbicara pada binatang peliharaannya.
10. Perbedaan bahasa akan lenyap
“Setelah penemuan satu mesin baru, dunia akan seperti layaknya sebelum Babel.” Berdasarkan interpretasi, mesin baru yang dimaksud adalah komputer era modern, dan berdasarkan Nostradamus, hal itu akan mengakhiri banyak negara.

Sumber;

KETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PEKERJA!!!





Seperti yang diuar-uarkan bahawa pada hari ini 1 Julai 2016  gaji minimum RM1,000 bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 di Sabah serta Sarawak berkuat kuasa hari ini tanpa penangguhan, selepas kerajaan meneliti semua syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).
Kuatkuasa mengenai gaji minimum akan dipergiatkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi memastikan perintah ini dipatuhi. Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM 1,000 bagi setiap kesalahan dan RM 1,000 sehari bagi kesalahan berterusan boleh dikenakan mengikut Akta MPGN 2011.
Majikan yang melakukan kesalahan berulang boleh dikenakan penalti sehingga RM 20,000 atau penjara lima tahu atau kedua-duanya. Pelaksanaan ini meliputi semua majikan termasuk sektor perhotelan yang mana mereka dikehendaki membayar gaji minimum iaitu gaji pokok (tanpa elemen caj perkhidmatan) tidak kurang RM1,000 sebulan di Semenanjung selain RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan,
Maklumat mengenai pelaksanaan perintah gaji minimum boleh diperoleh daripada Urus Setia MPGN di talian 03-88865156 atau emel minimumwages@mohr.gov.my atau mana-mana pejabat JTK berkenaan.
Ini adalah berita baik untuk para pekerja, lebih-lebih lagi pekerja di Sabah dan Sarawak yang masih ada yang menerima gaji yang sangat sedikit. Mengikut pengalaman penulis di kawasan pinggiran Kota Kinabalu ada syarikat yang memberi gaji hanya RM 400.00 sahaja walaupu kerja 6 hari seminggu. Dengan pelaksanaan perintah gaji minimum ini adalah satu lebaran baru untuk pekerja di Sabah dan Sarawak. Tetapi kuatkuasa pemantauan pelaksanaan ini juga perlu dilaksanakan agar pihak majikan tahu bahawa ini adalah perkara yang serius dan perlu untuk dilaksanakan.
Kepada pekerja, anda kena mengetahui hak anda sebagai perkerja dan kebajikan yang harus dapat daripada majikan. Di negara kita isu mengenai hak pekerja masih banyak berlaku. Salah satu sebabnya kita yang tidak peka dengan undang-undang asas mengenai hak kita sebagai pekerja dan perkara yang kita boleh tuntut daripada majikan.
Gaji minimum Sabah Sarawak dan Semenanjung Malaysia juga perlu diselaras supaya sama dimasa akan datang. Jika dilihat Sabah dan Sarawak juga mempunyai kos kehidupan yang tinggi dengan kewujudan sistem kabotaj dan kos-kos yang perlu ditanggung oleh perniaga yang akhirnya memberi kesan kepada rakyat. Tetapi dalam hal ini, seperti dalam penulisan saya sebelum ini, hasil kajian dibuat gaji minimum ini dipergaruhi oleh kemampuan majikan iaitu gaji penengah. Gaji penengah dari majikan di sabah dan sarawak rendah memberi kesan kepada gaji minimum yang diberikan.
Kesimpulannya, kita sebagai pekerja perlu ada pengetahuan asas mengenai hak kita, kerajaan perlu membuat pemantau dan tindakan tegas kepada majikan yang mengabaikan pekerja, majikan juga kena memainkan peranan tahu mengenai hak pekerja dan jangan hanya memikirkan keuntungan sahaja tanpa pekerja perniagaan anda tidak akan ke mana.

DARI KEMAHIRAN SEBENAR BOLEH MENJADI DUIT.




Sebenarnya kita sering mengeluh tentang kehidupan kita dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan gaji yang tidak mencukupi sehinggakan awal bulan hanya berbaki beberapa ringgit sahaja.
Kalau kita sedar atau tidak sebenar kebanyakkan Bos tempat kita kerja ini sebenar ada kemahiran yang kita tidak ada. Selalunya menggunakan kemahiran mereka untuk mendapat keuntungan semata-mata dan akhirnya kita hanya mendapat gaji selama bertahun-tahun.
Sekarang Kita terdiri dengan beberapa kelompok iaitu yang berkerja dan tidak berkerja. Yang berkerja jangan malu untuk menambah kemahiran dalam diri anda walaupun terpaksa mengambil kelas. Kerana jika semakin bertambah kemahiran dalam diri anda semakin itu anda boleh meminta lebih dari apa yang ada. Yang tidak berkerja apa kata berani untuk memcari satu kemahiran yang boleh membantu anda untuk mendapatkan pendapatan dan tidak musthail jika anda boleh selesa dengan kemahiran ini anda boleh menjadi BOS.
Disini penulis senaraikan beberapa kemahiran yang akan diperlukan sampai bila-bila dan kita kena berani untuk belajar walaupun mengeluarkan kos sedikit. Di Negara luar, lebih- lebih lagi Negara maju rakyat mereka sanggup mengeluarkan kos untuk ke kelas-kelas kemahiran untuk menambah nilai dalam diri kita.

  1. Memperbaiki Kereta dan Motorsikal
Dalam kemahiran ini boleh didapati dalam pembelajaran dan pekerjaan. Jika anda sebagai pekerja bengkel yang mahir tidakkah anda bercita-cita untuk membuka bengkel sendiri? Pekara demikian tidak mustahil. Lebih-lebih lagi anda sebagai bumiputera banyak skim-skim yang disediakan.
  1. Menjahit
Kemahiran ini boleh didapati dari sesiu pembelanjaran dan bekerja jika anda sudah mahir. Cuba untuk keluar daripada zon selesa anda kerja dengan orang lain dengan mengambil keputusan untuk berkerja sendiri dengan memulakan perniagaan.

  1. Kemahiran Jualan.
Kemahiran ini sebenarnya paling susah untuk didapati. Jika selama ini hanya makan komisen daripada syarikat. Apakata anda berani untuk memasarkan produk anda sendiri.
  1. Kemahiran membuat kuih atau kek tradisional
Kemahiran ini kadang-kadang diwarisi atau dipelajari. Jika anda ada kemahiran ini ada boleh memasarkan produk anda sendiri.
  1. Kemahiran membuat perabot
Kemahiran ini pun perlu dipelajari. Tetapi jika mempunyai minat yang tinggi tentu sahaja anda boleh membuatnya.
  1. Kemahiran memperbaiki alatan elektronik
Ada antara kita sudah berkerja dalam bidang ini sudah lama. Apa kita cuba untuk membuka syarikat sendiri.
  1. Mengajar kelas tambahan untuk pelajar sekolah menengah dan rendah.
Bagi mereka yang meminati akdemik. Sebenarnya mereka boleh gunakan itu untuk mengajar pelajar-pelajar lain. Sebenarnya membuka pusat kelas tambahan hanya memerlukan modal kemahiran dalam akademik.
  1. Kemahiran membuat web dan yang berkaitan software
Kemahiran ini dijangka akan memningkat permintaannya. Jadi tidak salah jika kita mula berlajar. Banyak syarikat-syarikat memerlukan perkhidmatan pereka web.
Sebenarnya banyak lagi kemahiran yang kita ada, cuma kita tahu bagaimana untuk menggunakkan kemahiran kita atau kita tidak mahu untuk menambah diri kita dengan kemahiran- kemahiran yang boleh membantukan kita untuk menambah pendapatan.
ini antara link-link kerajaan yang memberi pinjaman dan nasihat. bijak mencari ruang dan peluang itu juga penting.

YouTube

Loading...