Thursday, March 30, 2017

TERLENA-*Al Marhum Prof Hamka





*Al Marhum Prof Hamka

TERLENA

Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena

Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.

Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..

Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.

Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.

Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?

Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.

Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....

Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.

Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?

Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.

Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?

Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?

Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.

Pak Hamka.
(Pujangga Nusantara)

resepi kombinasi Jus Buahan



Saja nak share kepada kawan-kawan resepi kombinasi Jus Buahan dekat Ground Floor IJN. Semoga bermanfaat..

Carrot + Ginger + Apple
Boost dan membersihkan sistem dalaman badan..

Apple + Timun + Saderi
Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.

Tomato + Carrot + Apple
Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.

Peria + Apple + Milk
Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.

Orange + Halia + Timun
Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan panas badan.

Nanas + Epal + Tembikai
Untuk menghilangkan garam berlebihan, membersihkan pundi kencing dan buah pinggang.

Apple + Timun + Kiwi
Untuk mencerahkan warna kulit .

Pear & Banana
mengawal kandungan gula.

Carrot + Apple + Pear + Mango
meredakan panas badan, nyah toksik, menurun tekanan darah dan melawan pengoksidaan…awet muda !

Honeydew + Grape + Tembikai + Susu
Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2, meningkatkan aktiviti sel dan kuatkan imuniti badan

Betik + Nanas + Susu
Kaya dengan vitamin C , E, Besi, Mencerahkan warna kulit dan metabolisme.

Pisang + Nanas + Susu
Kaya dengan vitamin yang berkhasiat dan mengelakkan sembelit

Carrot + buah keras + madu

Dikisar halus, jadikan jus, minum seminggu dua kali. Dapat mngurangkan seterusnya menghilangkan pnyakit Gout.

Selamat mencuba

"The Last Lecture"

201703310924.. 


En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya. 

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung. 

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.


Menarik utk dikongsikn bersama...

Tuesday, March 28, 2017

NENAS,TEMBIKAI,JAMBU BATU.

Khasiat

NENAS,TEMBIKAI,JAMBU BATU.



Khasiat Nenas
– Mengandungi potassium yang tinggi dengan kandungan sodium yang kecil, iaitu membantu menurunkan tekanan darah.


Khasiat Tembikai
– Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapatkan kenser prostat dan penyakit kardiovaskular.
– Biji tembikai ialah sumber protin yang baik
– Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit.
– Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga
– Dapat mengawal tekanan darah.


Khasiat Jambu Batu
– Berkesan dalam menurunkan kadar kolesterol dan tahap glukosa dalam darah.
– Bahan antioksidan yang berkesan
– Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit
– Baik untuk sembelit
– Jus Jambu Batu yang mentah dapat melegakan penyakit batuk dan selesema.

KHASIAT PISANG

Pisang
Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!
Rujuk:
“Pakar Nutrisi Sihat”

Kelebihan Selawat ke atas Nabi SAW

TAKRIF SELAWAT

Selawat ialah bahasa Arab yang ertinya “doa“,rahmat dari tuhan,memberi berkat dan ibadat”. Kalau selawat itu diamalkan oleh hamba kepada Allah,maka maksudnya bahawa hamba itu menunaikan ibadat atau berdoa (memohon kepadaNya). Tetapi kalau Allah berselawat atas hambanya,maka selawat dalam ini ertinya adalah bahawa Allah mencurahkan rahmatNya-Allah melimpahkan berkatNya. Pengertian “Berselawat atas nabi s.a.w ialah “Mengakui kerasulannya serta memohon kepada Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaan nya” Pengertian selawat malaikat kepada Nabi s.a.w adalah memohon kepada Allah supaya mencurahkan perhatianya kepada Nabi (kepada perkembangan agama).

Kesimpulannya :
Kalau selawat dari Allah – Allah memberi rahmat:
Kalau selawat dari malaikat – meminta keampunan
Kalau selawat orang mukmin – berdoa supaya diberi rahmat sepertri perkataan ” Ya Allah limpahkan rahmat atas Nabi Muhammad s.a.w”
DALIL AL QURAN DAN HADIS NABI
Surah Al-Ahzab ayat :56 maksudnya
” sesungguhnya Allah dan malaikat malaikatNya bersalawat untuk nabi . Hai orang orang yang beriman ,berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”
 
Hadis hadis nabi s.a.w maksudnya : 
“Berselawatlah kamu kepadaku,kerana selawat itu menjadi zakat(penawar jiwa pembersihan dosa) bagimu” (diriwayatkan Ibnu Murdawaih)
 
“Setiap doa adalah terlarang, sehingga berselawat atas nabi s.a.w”(diriwayatkan ad dailami)
 “Bahawasanya seutama utama manusia (orang yang terdekat)dengan aku pada hari kiamat ada lah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku” (diriwatkan an -Nasai dan ibnu Hibban)

FAEDAH – FAEDAH  

BERSELAWAT
1 Dapat memperolehi limpahan rahmat dan kebajikan dari Allah
2 Dapat memperolehi kebajikan mengangkat darjat dan menghapuskan kejahatan dan kesalahan.
3 Memperolehi pengakuan kesempurnaan iman,jika kita membacanay 100 kali
4 Menjauhkan kerugian,penyesalan dan digolongkan kedalam  golongan orang orang yg solih.
5 Mendekatkan diri pada Allah
6 Memperolehi pahala seperti pahala memerdekakan budak
7 Dapat memperolehi syafaat
8 Memperolehi penyertaan dari malaikatur Rahman
9 Memperolehi hubungan  yang rapat dengan nabi (salam itu akan disampaikan oleh malaikat kepada nabi)
10 Membuka kesempatan berbicara dgn nabi
11 Menghilangkan kesusahan,kegundahan dan melapangkan rezki
12 Melapangkan dada
13 Menghapuskan dosa
14 Menggantikan sedekah bagi orang yg tidak sanggup bersedekah
15 Melipat gandakan pahala  yg diperolehi
16 Mendekatkan kedudukan kepada rasulullah s.a.w di hari kiamat
17 Dapat melepaskan diri dari kebingungan di hari kiamat.
18 Menjadi kan sebab sebab doa kita dapat diterima oleh Allah
19 Memenuhi satu hak nabi.
20 Di Padang masyar sebagai seorang yang mencintai Nabi
21 Di kabul segala hajat keperluannya.
JENIS JENIS SELAWAT DAN FADILATNYA.
Terdapat bermacam macam jenis selawat nabi (lebih 70 jenis) tercatat dalam kitab kitab yang diamalkan oleh orang orang mukmin, ada yang diberi nama khas seperti diantara nya:
1 Selawat Kamaliyat
2 Selawat  Badawiyah
4 Selawat Wasilah
6 Selawat Sa’adah(kebahagiaan)
7 Selawat Ulul ‘Azmi
8 Selawat Ibrahimiyah
9 Selawat Al -Faatih
10 Selawat Mukafaah
11 Selawat Kubra
13 Selawa Azamiyyah (kitab aurat Ahmadiah Al Idrisiah
14 Selawat Penerang Hati
15 Selawat Pelindung Diri
16 Selawat Tafrijiyyah





Terjemahannya:
Ya Allah,anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w ,yang dengan berselawat ke atasnya terhurai apa yang tersimpul,terlepas daripada segala kesusahan,juga ditunaikan segala hajat,dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik,dan dicurahkan rahmat,hasil keberkatan wajahnya,yang mulia,kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna engkau anugerahkan juga ya Allah,ke atas keluarga dan sahabatnya, dengan kiraan setiap kerdipan mata,juga hembusan dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi Mu.
Cara Amalan:
Menurut iman Qurtuby berkata:
Barang siapa membacanya secara rutin setiap hari sebanyak 41 kali atau 100 kali atau lebih, maka Allah akan melenyapkan kecemasan dan kesusahan, meghilangkan kesulitan dan penyakitnya, memudahkan urusan, menerangi hatinya, meninggikan kedudukanya, memperbaiki keadaannya,meluaskan rezkinya, dan membukakan baginya segala pintu kebaikan dan lain lain.
(Rujukan: http://selawattafrijiyyah.blogspot.com/)

AMALAN 7 KALIMAH


AMALAN 7 KALIMAH

Barang siapa mengamalkan tujuh kalimah , ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosanya walau sebanyak buih laut.

1. Mengucap Bismillah
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah
apabila selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah
jika lidah tersebut perkataan yang tidak baik atau tidak sepatutnya.
4. Mengucap Insya Allah
jika merancang untuk melakukan sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah
jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammadar Rasulullah
Sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya .



AMALAN 7 KALIMAH

Barang siapa mengamalkan tujuh kalimah , ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosanya walau sebanyak buih laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah apabila selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersebut perkataan yang tidak
    baik atau tidak sepatutnya.
4. Mengucap Insya Allah jika merancang untuk melakukan
    sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi
    sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi
    dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang

    siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya .


17611

YouTube

Loading...