Sunday, April 30, 2017

7 SUNNAH RASULULLAH


7 SUNNAH RASULULLAH




Jaga dan Amalkan 7 Sunnah Rasulullah ini, InsyaAllah Hidup Beroqah, Sukses dan Bahagia
 AMALAN DAN REZEKI


Amalkan 7 sunnah Rasulullah saw. Tujuh sunnah Rasulullah yang perlu dijaga dan diamalkan adalah :
1.  Senantiasa kekalkan wudhu :
Wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wudhunya akan disayangi oleh Allah swt. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib : “ Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan disayangi dia oleh Allah “.

 
2. Istighfar setiap masa :
Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah swt atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Allah swt berfirman : “ Dan Allah tidak akan sekali-kali akan menyiksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada diantara mereka, dan Allah tidak akan menyiksa mereka yang sedang beristighfar (meminta ampun) “. QS.Al-Anfal : 33

3. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari :
Membaca Al-Qur’an merupakan salah satu sunnah Rasulullah, terutama membaca Al-Qur’an pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang membaca Al-Qur’an dan memahami isinya. Jadikan Al-Qur’an sebagai bacaan-bacaan sahaja. Jadikan Al-Qur’an sebagai bacaan, panduan, dan membudayakan dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Allah swt berfirman : “ Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk kejalan yang amat benar (agama islam), dan memberikan berita yang menggemberikan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahwa mereka memperoleh pahala yang besar. (QS.Al-Isra : 9)

4. Solat jamaah di masjid :
Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dihitung pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperoleh pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Nabi Muhammad saw bersabda : “

 Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaninya, kemudian pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju rumah orang-orang yang tidak ikut solat berjamaah, untu membakar rumah mereka dengan api “.

 
5. Melakukan solat dhuha :
Solat sunnah dhuha adalah solat yang sangat dianjurkan olrh Rasulullah saw kepada umatnya, kerana solat dhuha ini banyak kelebihannya. Diantara kelebihannya adalah pintu rezeki dubuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunnah dhuha adalah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir diwaktu matahari tergelincir. Rasulullah saw pernah bersabda : “ Pada tip-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah, tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah sebagai ganti yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat dhuha. (HR.Bukhari dan Muslim)

6. Solat tahajjud : Solat tahajjud adalah solat apabila terjaga daripada tidur malam.sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir yaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Diantara fadhilahnya : Mendapat perlindungan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wjahnya, Dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang mukmin, Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana, Dimudahkan hisab keatasnya, Mendapat catatan amal dari tangan kanan. Allah swt berfirman “ Dan bangunlah pada sebagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (QS.Al-Isra : 79)

 
7. Senantiasa bersedekah : Sedekah adalah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Allah swt berfirman : “ Dan jangan sekali-kali orang yang kikir dengan apa yang diberikan Allah kepada mereka dari karuniaNya mengira bahwa (kikir) itu baik bagi mereka, padahal (kikir) itu buruk bagi mereka. Apa (harta) yang mereka kikirkan itu akan dikalungkan dilehernya pada hari kiamat . Milik Allah apa yang ada di langit dan dibumi. Allah maha teliti atas apa yang kamu kerjakan “. (QS.Ali Imran : 180)




No comments:

YouTube

Loading...