01 August 2017

Anak Zina


KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN BELUM MUKTAMAD DAN MASIH ADA RUANG UNTUK RAYUAN
Oleh: DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Merujuk kepada polemik terbaru yang tercetus hasil keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan anak luar nikah pasangan beragama Islam untuk tidak lagi menggunakan bin atau binti 'Abdullah', sebaliknya boleh menggunakan nama bapa masing-masing sebagai nama keluarga. Beberapa perkara asas yang harus difahami sebelum kita terlajak membahaskan isu ini hanya sekadar berlandaskan sentimen dan emosi semata-mata:

1. Hukum Islam dalam hal penamaan anak luar nikah ini adalah jelas sebagaimana Garis Panduan Penamaan dan Kedudukan Anak Tidak Saf Taraf Dari Segi Syarak yang diputuskan dan dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang bersidang kali ke-44 pada 25 Jun 1998.

2. Menurut Garis Panduan Penamaan ini, anak tidak sah taraf termasuk anak luar nikah hendaklah dibin atau dibintikan Abdullah atau lain-lain nama Asma Al-Husna berpangkalkan Abdul. Ini kerana Syarak dan Maqasid Syariah amat mementingkan pemeliharaan nasab keturunan yang akan memberi kesan hukum lain seperti aspek keabsahan pergaulan, perwalian, pembahagian harta pusaka, perkahwinan, nafkah dan lain-lain.

3. Khalayak umum melihat keputusan Mahkamah Rayuan hanya berasaskan dari satu sudut perundangan dan perspektif Hukum Sivil semata-mata tanpa mengambil kira roh dan prinsip Syariah dan Maqasid Syariah.

4. Pada masa yang sama kita juga harus memahami dan mengakui keterbatasan ikatan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa MKI di peringkat Kebangsaan yang sememangnya tiada kuasa ikatan perundangan (legal binding) kerana kuasa agama sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan merupakan kuasa negeri-negeri.

5. Namun fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Negeri setelah diperkenan Tuanku Sultan dan diwartakan, masih perlu diambilkira apabila pertikaian adalah berkaitan dengan hukum Syarak berdasarkan undang-undang yang diluluskan di bawah bidangkuasa Negeri menurut Jadual Kesembilan Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan.

6. Lebih mustahak lagi apabila melibatkan kepentingan orang Islam, sudah tentu mahkamah mempunyai tanggungjawab undang-undang, agama dan moral untuk merujuk kepada hukum hakam Syarak. 

7. Kedudukan undang-undang peribadi pihak-pihak yang berkhilaf juga perlu diambil perhatian oleh Mahkamah Sivil. Agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara perlu bertindak sebagai agensi yg melaksana semua undang-undang yang sah termasuk yang berhubung kait dengan hukum Syarak.

8. Fatwa yang dikeluarkan samaada oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI di peringkat Persekutuan mahupun Fatwa yang diwartakan di peringkat negeri-negeri adalah undang-undang Islam yang sah dan sewajarnya menjadi rujukan dan panduan dalam membuat penghukuman yang melibatkan kepentingan Islam secara keseluruhannya. Ini juga bagi menjunjung semangat dan roh Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam pada kedudukan tertinggi sebagai Agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perkara 3.

9. Justeru, amat wajar sekali pihak Peguam Negara mewakili Kerajaan Persekutuan dan agensi dibawahnya khususnya Jabatan Peguam Negara untuk mengangkat kes ini bagi dirayu di peringkat Mahkamah Persekutuan.

10. Perbahasan secara holistik harus dilakukan bagi mempertimbangkan kes ini tanpa sekali-kali membelakangi hukum dan prinsip Islam yang menjadi teras negara selama ini sebagaimana yang terpateri kukuh di dalam Perlembagaan Persekutuan.




Nasab anak luar nikah tunggu keputusan rayuan - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)


Langgar hukum syarak, berzina sepanjang hayat.


Nasab anak luar nikah perlu patuhi syarak, fatwa - Jamil Khir



Larangan dibinkan nama bapa terbabit zina



YAB TPM Zahid Hamidi sokong JPN buat rayuan 
Kementerian Dalam Negeri (KDN)

*Langgar hukum syarak, berzina sepanjang hayat*

KUALA LUMPUR 29 Julai – Masyarakat Islam di negara ini *akan terdedah untuk melanggar hukum syarak dan melakukan per­­buatan zina se­panjang hayat* se­kiranya anak yang dilahirkan di luar nikah tidak dibin atau dibintikan Abdullah.

Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, antara *imp­likasi buruk* yang akan berlaku adalah *proses perwalian tidak sah ketika akad nikah* berikutan anak pe­rempuan luar nikah diwalikan oleh bapanya sendiri.

Kata beliau, *pergaulan antara anak perempuan luar ni­kah dengan bapa biologi adalah seperti anak tiri dengan bapa tiri* dan anak luar nikah juga *tidak layak me­nerima harta pusaka daripada sebelah bapa biologinya.*

“Atas sebab itu, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang dan membincangkan isu ini pada 1998 *bukannya untuk menghukum, sebaliknya ia dibuat berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan hadis.*

“Langkah bin atau binti kepada bapa biologi *dengan alasan untuk menutup aib anak luar nikah tidak harus timbul* kerana masyarakat sepatutnya tidak perlu memandang serong kepada anak-anak ini, yang bersalah bukan mereka tetapi ibu dan bapanya yang melakukan perbuatan zina,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Walau bagaimanapun Mohd. Tamyes berkata, hukum syarak membenarkan bayi dibin atau dibintikan kepada bapa biologi jika tempoh waktu akad nikah berlaku le­bih enam bulan daripada tarikh kelahiran, berdasarkan surah al-Ahqaf ayat 15 iaitu tempoh minimum wanita mengandung adalah enam bulan manakala tempoh menyusu dua tahun.

Tegas beliau, atas sebab itu, *Ja­watankuasa Fatwa Selangor memu­tus­kan bayi yang lahir kurang daripada enam bulan daripada tarikh akad nikah ibunya tidak boleh berbin atau berbintikan ke­pada bapa bio­logi.*

Sementara itu, *Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad* ber­kata, *keputusan Mahkamah Rayuan itu akan menyebabkan keturunan mas­yarakat Islam cacamarba* ma­lah tidak mustahil untuk berlakunya perkahwinan antara adik-beradik kerana keturunan yang tidak diketahui.

Kata beliau, *dalam menjaga keturunan atau nasab seseorang itu, anak luar nikah tidak boleh dinasabkan se­perti anak yang lahir daripada pernikahan sah kerana Islam menitikberatkan perkara berkaitan agama, nyawa, akal, keturunan, harta benda dan maruah.*

Tambahnya, perundangan­ Islam itu juga *bertujuan men­disiplinkan umat Islam supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan, selain mendahulukan hukum syarak daripada logik akal.*

Kelmarin, Mahkamah Ra­yuan berpendirian supaya anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah, layak di sisi undang-undang untuk berbin atau berbintikan nama bapanya.


http://m.utusan.com.my/berita/nasional/langgar-hukum-syarak-berzina-sepanjang-hayat-1.508833

.....

Jangan ambil mudah nasab, keturunan

KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan pada 27 Julai lalu yang membenarkan anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah dan layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya benar-benar membuka mata pelbagai pihak.

Ada yang marah dengan keputusan tersebut kerana tidak melihat apa yang tersurat dari sudut kanun perundangan sivil dan tidak kurangnya ada yang menyokong atas dasar empati bagi menghormati serta menjaga aib bayi yang dilahirkan secara tidak sah taraf.

Ramai terlupa bahawa pe­ngadilan yang dilaksanakan itu adalah seperti yang termaktub di bawah undang-undang sedia ada iaitu di bawah Seksyen 13A(2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957.

BDRA tidak membezakan antara kanak-kanak Islam dan bukan Islam. Malah, dalam Seksyen 13A(2) tidak menyatakan bahawa anak Islam tidak sah taraf harus dilayan berbeza dengan anak bukan Islam ketika mendaftarkan nama bapa.

Keputusan mahkamah tersebut turut menyedarkan golo­ngan pengamal undang-undang Islam dan ilmuan mengenai pentingnya pindaan terhadap akta tersebut bagi memastikan kesucian agama Islam terus dipelihara.

Malah, perkara ini selari de­ngan fatwa yang dikeluarkan golongan mufti dan alim ulama yang bukan calang-calang orangnya, sewajarnya terpakai untuk semua umat Islam di negara ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fat­wa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam kali ke-44 yang bersidang pada 25 Jun 1998 jelas memutuskan bahawa anak tidak sah taraf termasuk anak luar nikah perlu dibin atau dibintikan Abdullah atau lain-lain nama Asmaul Husna.

Apa yang membimbangkan, sekiranya Seksyen 13A(2) tidak dipinda dari sekarang, makin ramai pasangan Islam terlanjur yang menuntut hak supaya anak mereka yang dilahirkan secara luar nikah dibenarkan untuk dibin atau dibintikan kepada nama bapa kandung.

Zina sebelum berkahwin atau hamil luar nikah seolah-olah ‘dibenarkan’ dan dikhuatiri berleluasa atau menjadi budaya tidak sihat umat Islam di negara ini jika sesuatu tindakan tidak dilakukan.

Sekiranya anak luar nikah adalah seorang perempuan dan ingin berkahwin dan pada masa sama, statusnya terus dilindu­ngi, dikhuatiri perkahwinannya itu tidak sah di sisi Islam. Malah, akan terlahirlah generasi yang tidak sah keturunannya.

Melihat dari sudut luar negara, New Zealand merupakan negara bukan Islam yang bersikap amat tegas mengenai status kelahiran anak-anak di negara itu bagi me­ngenal pasti identiti sebenar setiap bayi yang lahir selain tujuan pengesahan kewarganegaraan.

Negara berkenaan memper­kenalkan Akta Status Kanak-Kanak 1969 yang merekodkan identiti, asal usul, ibu bapa mengikut biologi serta status perkahwinan ibu bapa bagi setiap kanak-kanak yang lahir.

Malah, di bawah akta tersebut, kanak-kanak di negara berkenaan boleh mendapatkan butiran peribadi masing-masing termasuk status biologi ibu bapa kandung mereka setelah me­nginjak usia 18 tahun.

Apa yang dilakukan kerajaan New Zealand ini secara tidak langsung membuktikan pen­tingnya susur galur keturunan yang jelas bagi setiap individu di negara itu demi kelangsungan generasi akan datang.

Semoga Seksyen 13A(2) BDRA akan dipertimbangkan oleh ke­rajaan untuk dipinda dengan segera bagi mencapai maksud memelihara nasab dan keturunan umat Islam.

Bagi mereka yang telah dikurniakan oleh Allah SWT nasab dan keturunan mulia, hendaklah menjaga dan memeliharanya sebagaimana yang telah dilakukan oleh para wali sewaktu hidup supaya anak cucu mengerti kedudukan mereka di tengah-tengah ummah.


Sumber: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-ambil-mudah-nasab-keturunan-1.509630

.....

Pinda akta kelahiran – Pakar

KUALA LUMPUR 30 Julai – Kerajaan Persekutuan digesa membuat pindaan ke atas Seksyen 13A (2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957 supaya setiap pendaftaran bayi Islam yang lahir di negara ini dibezakan dengan bukan Islam, selain dirujuk berdasarkan hukum syarak.

Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia, Profesor Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz berkata, perkara tersebut penting bagi menjaga serta mengelak kekeliruan berhubung nasab dan keturunan umat Islam di negara ini.

Menurutnya, nama bapa mengikut undang-undang Islam adalah tidak sama dengan nama keturunan keluarga bukan Islam kerana lebih peribadi atau merujuk kepada bapa biologi anak.

“Isu berkaitan nama bapa ini berbeza antara Islam dan bukan Islam kerana bukan Islam terdapat nama keturunan keluarga. Jadi pada pandangan saya, pindaan boleh dilakukan berdasarkan perbezaan yang wujud itu.

“Pindaan adalah jalan penyelesaiannya. Memadai kerajaan membuat pindaan pada Seksyen 13A(2) itu sahaja supaya jelas untuk diguna pakai masyarakat Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pindaan akta itu bagi menghormati Islam sebagai agama rasmi negara dan menge­cualikan pemakaian sebahagian daripada akta sedia ada yang bertentangan dengan hukum syarak.

Malah, beliau mem­beritahu, semua peruntukan mengenai sah taraf anak yang bertentangan dengan sya­rak hendaklah dipinda agar tidak terpakai kepada orang Islam.

“Kerajaan boleh mengambil tinda­kan lain seperti tidak mengehadkan bin atau binti Abdullah sahaja sebaliknya boleh dibinkan atau binti Abdul Rahman, Abdul Rahim atau apa-apa nama lain yang sesuai bagi mengelakkan stigma kepada anak luar nikah,” katanya.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang–undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow pula berkata, isu ini itu perlu diselesaikan dengan cara yang baik, matang serta profesional selain me­ngutamakan nasib dan masa depan kanak-kanak terbabit.

Katanya, semua pihak khususnya JPN serta kementerian berkaitan harus berbincang bagi mencari penyelesaian itu.

“Fokus juga harus diberikan terhadap nasib anak-anak luar nikah yang terlibat berikutan setiap anak yang lahir walaupun di luar nikah adalah tidak bersalah dan berdosa. Kanak-kanak ini tidak sepatutnya mewarisi segala dosa yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka,” katanya.


Sumber: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pinda-akta-kelahiran-8211-pakar-1.509345

.......
Nasabkan Anak Zina Kepada Penzina Ialah Amalan Jahiliah Yang Telah Dibatalkan Islam

Mufti Wilayah Persekutuan, di dalam Bayan Linnas hari  menjelaskan amalan menasabkan anak zina kepada penzina merupakan amalan jahiliah yang telah lama dibatalkan Islam.

Bacaan selanjutnya ..


https://www.menara.my/islam-telah-batalkan-amalan-jahiliah-nasabkan-anak-zina-kepada-penzina-mufti-wilayah/

Islam Telah Batalkan Amalan Jahiliah, Nasabkan Anak Zina Kepada Penzina – Mufti Wilayah

Read more at: https://www.menara.my/islam-telah-batalkan-amalan-jahiliah-nasabkan-anak-zina-kepada-penzina-mufti-wilayah/


Kuala Lumpur: Amalan menasabkan anak zina atau Anak Tak Sah Taraf kepada penzina adalah amalan masyarakat jahiliyah yang telah lama dibatalkan Islam. Perkara tersebut ditegaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibuh Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri dalam satu makalah Bayan Linnas Siri 106 yang diterbitkan hari ini. “Kami berpendapat bahawa hujah yang melarang dibinkan dan dibintikan anak tak sah taraf kepada ayah biologinya berdasarkan dalil kuat daripada nas al-Quran, hadith, amalan sahabat dan jumhur fuqaha.” Sementara itu pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menegaskan bahawa hujah menutup malu dan aib kepada anak dan keluarga bukanlah satu alasan yang kuat.  Ini kerana syariat Islam jelas menunjukkan larangan membinkan atau membintikan kepada selain bapanya yang sah melalui perkahwinan. Menurut SS Mufti lagi, banyak hukuman dalam Islam diperintahkan supaya dilaksanakan secara terbuka, termasuk dalam kes sebatan zina. “Justeru, sebagai sikap bertanggungjawab, hendaklah pasangan yang terjebak dengan zina bernikah secepat yang mungkin apabila sudah berlaku zina kali pertama sebagai bentuk pemulihan diri dan taubat kepada Allah dan berhenti daripada melakukan dosa kepada hubungan yang halal. Bahkan seperti mana yang telah disebutkan di atas, ulama yang membenarkan nisbah anak zina sendiri mensyaratkan bahawa hendaklah ibu bapa yang berzina itu dihukum dengan hukuman syariat yakni dirotan 100 kali sebelum dia boleh menasabkan anak tersebut kepada dirinya.” “Ini kerana zina itu seperti mana yang ditekan dalam al-Quran adalah fahisyah, benda yang tersangat keji dan merosakkan masyarakat. Maka, masyarakat perlu disedarkan dengan melihat hukuman rotan itu sendiri sebagai pengajaran daripada Allah atas kerosakan yang berlaku dan menghindari keluarga dan kerabat mereka daripada berbuat zina. Dengan itu, zina yang menjadi punca kepada masalah ini dapat dihilangkan, atau diminimumkan, seterusnya menghilangkan masalah anak zina, dan isu malu yang disebut-sebut. “ Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menasihati para pasangan supaya mengambil berat isu persetubuhan sebelum berkahwin agar tidak timbul isu nasab anak sehingga mendatangkan aib kepada diri sendiri dan aib kepada anak. Baru-baru ini isu bersekedudukan dan nasab anak tak sah taraf telah menjadi tular di media-media sosial dan mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Read more at: https://www.menara.my/islam-telah-batalkan-amalan-jahiliah-nasabkan-anak-zina-kepada-penzina-mufti-wilayah/

No comments: