06 March 2018

Doa pelindung segala hantu


Sebagai pembuka bicara, pak cik nak ceritakan pasal sekolah lama pak cik. Dulu, tempat pak cik sekolah (Maahad Ahmadi Gemencheh) tapak bekas buangan belaan belaan hantu ni. Biasalah, orang melayu dulu, suka men hantu hantu ni. Pak cik pun tak paham. Da la hantu ni tak ensem, cuba la pi upah sekuriti gurad ke apa, kan best sikit.
Polong, jerangkung, pocong, hantu raya, jin toncet, jin gendut, suma pakat kena buang dari kampung tu. Diorang buang benda alah ni kat dalam hutan. Dan akhirnya, hutan tempat buangan jin setan tu suma dah dibangunkan sekola da. Sekolah tu la sekolah pak cik. Sekolah asrama beb. Banyak kenangan manis kat situ.
Biasalah, kita manusia yang datang tempat diorang, mestila diorang bengang. Cam korang la, kalo tetiba je ada mamat masuk dalam rumah ko pastu makan nasi kat dapur rumah kau, tak ke ko nak mengamuk?. Camtu lah analoginya. Maka mengamuklah persatuan hantu hantu buangan ni kat sekolah pak cik. Jangan cakap la, pandang leka sesaat mesti dengar orang jerit2. Kadang kadang orang luar mesti fikir, apa la sekola agama ni wat konsert rock pagi pagi. Sebab ramai sangat terkena histeria.
Jadi, si tukang pandai dalam bab ni pun wat agreement dengan diorang ni. Suh diorang letgo tempat ni, pastu diorang p tempat baru. Ok fine, pas tanda tangan je, kira da setel, hehehe. Jadi, hari ni, pak cik nak berkongsi dengan korang, apakah doa doa pelindung sihir yang korang boleh jadikan sebagai benteng diri.
1. Korang kena makan 7 biji kurma ajwah, atau kurma madinah, atau kurma biasa pun tak pe. Sebab sapa yang makan kurma 7 biji, dia takkan lut dengan racun dari sihir
2. Sentiasa dalam keadaan berwuduk. Bila dalam keadaan bersuci ni, Malaikat sering menjaga dan mendoakan orang yang dalam bersuci ni. Jin toncet nak masuk pun tak berani takut kena tikam dek malaikat
3. Solat Tahajud. Bila solat tahajud ni, ia akan menghasilkan cahaya. Kalo korang standard kasyaf, leh pandang tembus, boleh nampak cahaya ni buat satu pertahanan spiral kat diri korang.
4. Jaga solat jemaah. Makin kukuh ikatan antara orang islam dengan orang islam, maka susah la sihir yang berbentuk pemisah ni nak potong line korang. Selalu nye sihir pemisah or sihir pelaga ni, tak kan dapat intercept kat masyarakat yang jaga solat jemaah ni.
Nah, apa lagi, amalan ni sebenarnya da ada da dalam kehidupan kita. Cuma nak tak nak je amalkan. Doa-doa pelindung sihir pula lebih baik kita berdoa dengan perkataan yang kita faham dari baca doa Arab yang kita tak faham, melainkan doa doa Nabi, Para Sahabat dan Para Solihin,.. nak ikut arab tak pe, tapi lebih best kalo paham

No comments: