30 October 2011

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam


Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar

Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama
dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?
Saat Maghrib telah tiba.. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya
itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin
seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang
menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok
kristian ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi,
orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.Bukan saja
asalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara
peribadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat..
Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila
berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku'
dan sujud.. Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali
sehari,penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam;
masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya:sa'atul
awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur),
sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'),
dan sa'atul layl (tengah malam).
Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang
Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan
shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil
kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam
Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada
Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.
Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga
mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu
persepuluh dari pendapatan
Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru.... jadi
berhati2laaaa kita tentang ajaran kristian ortodok... hebah kan laaa pada kawan2
kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran.....
Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli.....dan digantung
di rumah kita.Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR..............
Perhatian Kalu ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject

Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail
ini...Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu
yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya
pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga...
tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat
untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah
Al-Quran........sebenar ayat Bible

wallahualammmubissawab........

SURAH YAASIIN AYAT 1-9


SURAH YAASIIN AYAT 1-9 (UNTUK KESELAMATAN DIRI)

Jom sama2 kita hafal dan amalkan membacanya setiap kali nak keluar rumah. Ajarkan juga pd anak2 supaya menghafalnya dari kecil kerana budak2 sgt senang utk menghafal..ia bertujuan utk keselamatan diri, dijauhi daripada pandangan orang2 jahat dan orang2 kafir...setiap kali keluar rumah tak kira samada nak pergi sekolah, bermain @ berjalan2, baca ayat ni bersama anak2 dan sentiasa ingatkan mereka supaya membacanya..Semoga Allah melindungi kita sekeluarga di sepanjang perjalanan @ di mana2 saja kita berada..insyaallah. Yakinlah kpd Allah s.w.t. Sesungguhnya Dialah Maha Pelindung dan Maha Pengurnia segala kebaikan.

Tak rugi kita melatih anak2 menyintai al-quran dan menghafal ayat2 indah yg terkandung di dlmnya...itu adalah lebih baik drpd mengajar anak2 menghafal lagu2 yg berkemungkinan tidak membawa apa2 manfaat kepada dirinya. Wallahu alam...

7 C


7C Sebab Suami Benci Isteri:

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah.....

Bulu Kening


~Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik~

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.

Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.

Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.

Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.

Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

merokok itu haram...ni fatwa dia... —

wanita dan gula2

Seorang lelaki non-muslim bertanya kpd seorang lelaki muslim..

Lelaki non-muslim: kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

Lelaki muslim : tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya dibukakn bungkusan...nya..kemudian dia melemparkan kedua gula2 itu ke atas lantai..lalu bertanya kpd lelaki non-muslim "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?
...
Lelaki non-muslim: sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa....

Tegahan bagi Wanita

Sabda Rasulullah s.a.w. : "akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sohih bukhori)